Semalam fanpage FB KFC telah menawarkan baucer percuma untuk Double Zinger Burger Combo seperti di atas ini. Walaubagaimanapun, tidak sampai 5 jam tawaran itu dibuka, ia telah dibatalkan dengan alasan outlet telah kehabisan stok. hal ini telah menimbulkan kemarahan dan kehampaan kepada peminat KFC di luar sana yang telah "beria-ia" pegi ke restoran KFC untuk menebus Double Zinger Burger Combo seperti yang telah ditawarkan.
Amekaw! Dengan segala jenis komen keluar. Ini semua pastinya adalah peminat fanatik KFC kan. Mereka yang telah menurunkan komen pastinya adalah insan-insan yang teramat hampa. Beberapa jam selepas post di atas, muncul pula post baru. Malangnya KFC tidak mengeluarkan kenyataan mohon maaf lalu menyebabkan peminat-peminat fanatik KFC mengamuk! Tapi tak ada la pula masuk Metro KFC diserbu dengan parang dan pedang samurai.
Tengok, kan betul rakyat Malaysia marah kepada KFC. Apa boleh buat, nasi sudah jadi bubur. Teman ni pun kempunan juga tak dapat nak merasa burger tu. Maklumlah, susahlah nak jejak kaki kat fast food restaurant ni. Baik duduk kedai mamak pekena teh tarik lagi puas hati. Confirm takkan berlaku rusuhan di kedai mamak kan......
3 people drop their comments!:
huhu..tu la..plan x betul2 jd gini la..kn da jatuh reputasi..
berita tergempar kot minggu ni..hee~
tapi ada je yg tak tau...
Post a Comment