Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Thursday, June 16, 2011

Tarif TNB naik, Harga Gardenia pun Naik?

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.

Semua orang pasti dah tahu mengenai kenaikan tarif elektrik kan. Ramai pihak yang terkesan dengan kenaikan tarif ni. Contohnya, mak bapak aku sendiri. Deme dua orang je pun kat rumah. Kalo bil elektrik bawah RM20, tak perlu bayar. Kenaikan tarif ni bererti harga satu unit elektrik tu naik. Maka secara automatik bil pun naik la. Kesannya, terpaksalah parent aku bayar bil elektrik.

Tamat kisah elektrik. Kembali kepada tajuk. Apa? Tarif TNB naik, harga Gardenia pun naik? Betul.....tak tipu...Roti Gardenia yang dimaksudkan ialah Delicia. Ahad lepas aku beli 2 bungkus sementara tunggu bas Ipoh di Teluk Intan. 


Komer pun mest tak heran kalau perkara ni terjadi kan. Biasalah, ekonomi gawat....Semua harga barang nak naik....Minyak naik....Tepung naik.....Gula naik....Yang heran, harga garam tak pernah pun kan.....Musykil giler aku.....


Patah balik kepada kira-kira 5 tahun yang lepas. Harga asal Gardenia Delicia ni sebungkus RM0.50. Gara-gara harga tepung naik, maka harga Delicia ni pun naik RM0.10 dari RM0.50 menjadi RM0.60. Harga baru ni telah bertahan untuk beberapa tahun dan telah diterima umum. Tiada bantahan. Semua memahami keadaan ekonomi Malaysia. Aku sebagai pelajar perakaunan kena la faham situasi ni. Harga harus dinaikkan untuk menampung kembali kos bahan mentah yang tinggi. Jika tidak, syarikat pasti akan mengalami kerugian kerana pada masa yang sama harus menampung kos yang lain seperti gaji pekerja dan kos penyelenggaraan kilang.

Mungkin gara-garan kos elektrik telah bertambah, maka pihak Gardenia telah menaikkan harga Delicia sebanyak RM0.10 dari RM0.60 menjadi RM0.70 pula. Alahai~~~ Harga makanan pun semakin mahal la.... Betul..... Tak tipu..... Buktinya ada bawah ni. tarikh luput 17 Jun 2011 harga RM0.70.


Buat malu je.... Ingatkan harga tak naik maintain je RM0.60 sebungkus. Ye la, dah lama tak beli.... Kali terakhir beli pun entah bila....yang pasti sebelum tarif naik. Malu! Malu! Malu! Aku beli dua bungkus. Dah siap bagi RM1.20. Tapi anak tauke minta 20 sen lagi. Dia kata dah naik harga. Serius tak tau!!!!! Belek² tengok harga.....alamak!!!!!!!!! Buat segan je.....Terpaksalah korek² mencari 20 sen lagi.......

INI dan INI harga maintain dari dulu. Kalau nak potongan harga klik SINI

****************************************************************************
nota kaki: seriously embrassed!!!!!!!!!!!!




4 people drop their comments!:

Saya Nina Syakira said...

ahaha standard la tu ... dulu kueh 4 singgit skrg 3 singgit tu pon ramai na minx murah lg sdgkan dorg pon tau barang sume da naik :) am i rite ?

Unknown said...

ya anda betul!!!!!!!!!
gara² tepung jugalah harga kuih jadi mahal dari 4 sringgit jadi 3 seringgit

Azri Fathurrahman said...

haha . tapi roti gardenia yang lain tak naik kan .

Unknown said...

bengkek je....
produk lain tanak naik harga pulak...

SPONSOR

Ad