Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Thursday, June 7, 2012

MENARIK: APA YANG ANDA TIDAK TAHU MENGENAI SEORANG AYAH



Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita, bertanyakan khabar kita?


Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian. Andai pada waktu malam, kita tertidur di hadapan televisyen, ayah jugalah yang mendukung kita sehingga ke kamar tidur.


Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sebanarnya berasa sangat risau?  Tidak ingin dia melihat kita dalam kesakitan.


Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "Tidak boleh!". Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.


Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.


Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah, kolej dan universiti untuk belajar. Di saat kita memerlukan itu dan ini, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga.



Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya. Dan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan, ayah pun tersenyum bahagia.


Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?


Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik. Bahagiakanlah putera dan puteri kecilku yg manis bersama pasangannya".


Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.



Bagi yang masih mempunya ayah dan ibu, sedarkah anda bahawa kita banyak menghabiskan masa dengan ibu kita. Kita juga lebih banyak berkomunukasi dengan ibu, berbanding dengan bapa. Itu adalah sesuatu yang normal. Ibu yang selalu menelefon kita, bertanyakan khabar. Sedarkah anda bahawa ayah sebenarnya sedang menunggu di belakang, menanti khabar dari kita. Kiriman salam dan doa sudah cukup untuk membuat hatinya berbunga. Hargailah ayah kita. Tidak kiralah andai memanggilnya dengan nama yang berbeza-ayah,bapak,papa,abi,walid,daddy-ia tetap membawa erti yang sama. Tanpa ayah, tidak kita berada di muka bumi ini. Darah daging cuma ada satu. Janganlah hampakan mereka. Sayangilah mereka. Buatlah mereka bangga dengan kita. Kasih seorang anak dan bapa tiada penghujung. Terima kasih Allah, untuk bapaku yang tercinta.

2 people drop their comments!:

SPONSOR

Ad