Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Saturday, June 23, 2012

Berakhirnya Sesi Pengajian Semester 2

Alhamdulillah, tepat 12 tengahari 20 Jun 2012, tamat sudah peperiksaan akhir semester 2. Pada masa yang sama ia adalah laungan untuk tamatnya sesi pengajian untuk semester. Tak ada lagi kelas, kuliah, kuiz, ujian, peperiksaan untuk tempoh 2 bulan. Cuti semester sekarang 2 bulan je ok. Lainlah dulu sampai 3 bulan. Sistem baru sekarang ni cuti semester makin pendek.




Umpama laungan MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Rasa bebas sangat masa ni. Kawan-kawan ramai ada lagi exam tak habis lagi. Kebosanan duduk dalam bilik. Sampai tak tau nak buat apa lagi.

Rasa macam nak balas dendam tak cukup tidur seminggu pun ada juga. Memang gila la kan. Ye la, setiap malam exam je mesti jadi burung hantu. Pagi-pagi mata bengkak je.... Hitam-hitam semua..... Mata panda!!! Untuk paper Makroekonomi semalam pun hampir berjaga malam. Hehehehehe. Terlena sebenarnya. Penat sangat. Bayangkan dalam satu malam nak fahamkan 10 bab yang ambil masa 4 bulan pengajian.




Tabah juga la keluar dari dewan exam semalam. Kalau paper Makroekonomi semester lepas, frust terus 3 jam taknak cakap dengan kawan. Kawan tegur pun, angguk-angguk. Mungkin teman dah belajar untuk menerima walau pahit mana pun. Tak boleh jawab? Soalan susah atau kita yang tak belajar sebenarnya? Dah belajar tahap dewa tapi masih tak boleh jawab? Redha je la......................

Alhamdulillah syukur sangat-sangat semua ni dah berakhir. Tak fikir pasal pelajaran untuk 2 bulan. InsyaAllah Ogos nanti keluar lah result. Harap-harap boleh skor 3.00 ke atas macam semester lepas. Teman tak nak mintak tinggi-tinggi. Teman tau, teman tak mampu untuk dapat result timggi macam kawan-kawan lain. Kita akan dapat sepertimana yang kita dah usahakan.




Mak pun pernah cakap.Siap ulang berkali-kali. Mak tak mintak pointer tinggi. Asalkan jangan bawah 3.00. Kiranya jangan mula dengan 2.XX dalam slip keputusan tu. Memang akan frust gila-gila kalau dapat 3.00. Rasa macam teruk sangat. Apa boleh buat, kita terima je la.... Moga teman dapat result yang cantik nanti. Amin.

2 people drop their comments!:

maszull said...

assalamualaikum azlan...semoga berjaya dlm sem ni yer...:)

Unknown said...

@maszull
terima kasih mama

SPONSOR

Ad