Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Sunday, June 19, 2011

Video Bikin Panas

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.

Entri kali ni nak share video yang katanya bikin panas. Dah banyak kali digembar gemburkan dalam media. Cuma aku baru je dapat tengok hari ni dalam Youtube. Apa? Video Anwar Ibrahim? Haish merepek! Merepek! Takde maknanya aku nak letak video yang bukan² dalam blog aku ni.

Aku cuma nak kongsikan video muzik Marilah nyanyian Prema Yin yang diarahkan oleh Gambit. Siapa Prema Yin? Penyanyi baru kot...Aku sendiri tak pernah dengar nama dia. Aktor dalam video ni adalah pelakon terkenal Shah Jaszle. Korang layan la video klip ni sambil menyanyi lagu Marilah!


____________________________________________________________________________
Lirik lagu Marilah – Prema Yin(video klip lagu dikatakan kontrovesi)
Ku tahu tentang muslihatmu ini
Ku tahu tentang reptasimu ini
Senyumanmu memukau hatiku
Jelinganmu buat ku keliru
Setiap kali engkau mendekati
Semakin aku melangkah pergi
Apakah erti permainan ini
Kini kurasa bagai disangkari
Akhirnya kau membisik hasratmu..
Chorus:
“Marilah kita menari, dibawah sinaran bulan,
Marilah kita menari, lagu ini takkan berulang,
Marilah kita menari, hanya kau di fikiran,”
Dirimu, diriku, irama menusuk hati,
Buat ku lupa diri..
Walaupun aku, kurasa gelisah
Keangkuhanmu buat ku terpesona
Adakahku mangsa seterusnya
Sememangnya ku rasa bersalah,
Kau tetap melafazkan hasratmu..
(ulang chorus)
Ku disini jatuh hati
Kehadiranmu buatku kaku
Janganlah kau buatku pilu
Biarkan ku memiliki mu.. memilikimu..
(ulang chorus)
________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
Geli kowt tengok Prema Yin tu gelek² dah macam goyang gerudi Inul je. Terkangkak sana sini. dah macam kongkang aku tengok dia. Si Shah Jaszle pon tak boleh blah jugak. Buat muka dot dot dot dot dot je.....Ha ha ha ha ha.... Tak nak cakap..... Korang teka la sendiri dia buat muka apa.... Bukan muka seposen la!!!!!

Korang dah puas tengok kan. Amacam? Best ke? Sedap sangat ke lagu ni? Mesti korang ikut sama menari sambil menarikan. Hahahahaha~~~~~ Klik SINI untuk muat turaun lagu ni (promote pulak). Jom ramai² bubuh lagu ni dalam handphone masing² buat ringtone!!!! Volume kasi maksimum biar semua orang dengar!!!! Mesti lepas ni lagu ni naik tangga teratas kan....Dah semua orang suka dengar lagu ni......

Klik SINI dan SINI untuk mengundi aku pula.
wink wink wink~~~

3 people drop their comments!:

k e y r i said...

aku dah lame dah dgar citer sal video ni.. haih...yg mengarahnye org melayu sendiri. buat malu org melayu je. =.=

Fyqa said...

ada lgi video ni "-.-

アヌム ちゃん said...

tak sanggup nk tengok video ni..isk2

SPONSOR

Ad