Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Monday, June 13, 2011

Program Ijazah Sarjana Muda Sidang Akademik 2011/2012



Untuk melihat semakan permohonan ke usm calon perlu login ke pohon@usm dengan memasukkan no rujukan dan kata laluan.

Keputusan permohonan kemasukan ke USM boleh disemak pada 10 Jun 2011 mulai jam 12.00 tengahari. Hebahan juga dibuat melalui SMS hanya kepada calon yang berjaya mendapat tempat di USM. Calon-calon perlu menyemak dan membuat pengesahan samada menerima atau menolak tawaran kemasukan selewat-lewatnya pada 15 Jun 2011, jam 5.00 petang.

Nama calon yang tidak berjaya atau tidak memberi jawapan atau menolak tawaran USM akan dihantar kepada UPU (Kementerian Pengajian Tinggi) untuk proses pemilihan bagi pengambilan oleh IPTA lain (tertakluk kepada permohonan calon ke UPU).

Calon yang tidak berjaya tetapi masih berminat untuk mengikuti pengajian di USM boleh mengemukakan permohonan rayuan kemasukan melalui laman web ini mulai 11 hingga 20 Jun 2011. Setiap calon yang merayu dibenarkan memilih maksimum dua program pengajian kecuali program pengajian yang melibatkan temuduga. Rayuan hanya terbuka kepada calon-calon yang memohon ke USM tetapi tidak mendapat tempat. Semua kes rayuan akan dipertimbangkan berdasarkan kelayakan dan kekosongan tempat. 

Sebarang pertanyaan hubungi hotline 1 300 888 876.

Tarikh : 10-12 JUN 2011 (waktu operasi : 8.10 pagi - 8.00 malam)             
Tarikh : Mulai 13 JUN 2011 (waktu operasi : 8.10 pagi - 5.10 petang)           
(Isnin - Jumaat SAHAJA) 
 

__________________________________________________________________________________

sila klik SINI untuk membuat semakan
__________________________________________________________________________________

Bagi yang tidak memahami, mari saya terangkan. Sesiapa yang telah memilih untuk ke USM tidak akan ditawarkan UPU. Maka sesiapa yang menerima tawaran USM, sila buat keputusan sama ada untuk pergi ke USM ataupun tidak. Jika anda menolak atau tidak ditawarkan USM, nama anda secara automatik akan dihantar ke UPU untuk ditawarkan ke IPTA yang lain.

Buatlah keputusan yang bijak. Jika anda ditawarkan program atau kursus yang anda tidak minati, lebih baik tolak sahaja tawaran tersebut dan menunggu tawaran yang lebih baik daripada UPU.



**********************************************************************************
nota kaki: tak apply USM pun. Tunggu ofer UPU Julai nanti.....


0 people drop their comments!:

SPONSOR

Ad