Dr Zulhamka Kamaluddin, DVM UPM di dalam tulisannya Walaupun telah disemak oleh Prof. Dr. Rasedee Abdullah,
Pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia masih tidak menjawab isu dan persoalan yang sebenar.
Umat Islam marah bukan soal pegang, mengendali, merawat atau mengkaji penyakit babi dan anjing. Isunya ialah SIKAP yang ditunjukkan oleh pelajar Islam tersebut danbetapa biadabnya pensyarah mereka yang tidak mengambil peduli tanggungjawab yang diamanahkan oleh Islam agar adab dan akhlak perlu dijaga dalam apa jua bidang dan situasi.
Sekalipun terpaksa memegang anjing dan babi, tidak mampukah pihak universiti berkenaan menyediakan sarung tangan untuk dipakai oleh pelajar Islam tersebut?Sekiranya gambar pelajar Islam itu dalam keadaan sedang membuat eksperimen di makmal, melakukan kajian saintifik atau sesi kuliah dalam bidang yang berkaitan memang tiada apa-apa masalah pada gambar tersebut. Jangan kata hendak pegang anjing atau babi, jika perlu mereka memegang atau membelek-belek kemaluan pensyarah mereka sendiri pun tiada siapa yang peduli,asalkan gambar tersebut dalam situasi sesi kajian sampel-sampel, rawatan atau penyelidikan menurut kurikulum Doktor Perubatan Veterinar.Malangnya gambar-gambar tersebut tidak begitu. Apa yang umat Islam lihat adalah gambaran sebuah 'kasih-sayang' yang terlampau.
Ini satu bentuk penghinaan terhadap pelajar Islam secara terang-terangan dan seolah-olah terancang. Hanya pensyarah yang mempunyai niat jahat sahaja yang sanggup melihat pelajarnya beraksi sedemikian. Apakah ini juga salah satu bentuk 'deraan' oleh pelajar senior selepas episod di Kem latihan tentera udara, penjara Abu Gharib atau sekolah-sekolah berasrama penuh sebelum ini!?
Umat Islam Melayu khususnya - dulu, kini dan selamanya? mengajar anak-anak mereka jijik terhadap anjing dan babi kerana nilai yang diwarisi daripada ibu bapa ini adalah satu kaedah pendidikan untuk memahamkan mereka bahawa anjing dan babi itu hukumnya najis berat dan haram dimakan.
Dalam waktu yang sama, masyarakat majmuk di Malaysia difahamkan bahawa orang Islam jijik dengan babi dan anjing kerana Islam telah menetapkan hukumnya begitu. Maka orang kafir perlu menghormati umat Islam dalam apa situasi sekalipun kerana kita telah menunjukkan sikap jijik kita terhadap binatang najis itu. Lagipun, amalan bagi masyarakat Melayu jangan kata hendak memegang babi, menyebut namanya pun sudah menjijikkan. Berzina perbuatan haram maka menghampirinya juga dilarang. Arak haram maka apa-apa yang terlibat dengannya turut haram. Anjing dan babi najis berat serta haram dimakan maka apa yang datang dari keduanya atau keturunannya tetap najis dan haram untuk dimakan. Kecuali melibatkan perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak dan mengikut adab yang diajar oleh Islam.
Pensyarah tersebut juga berhujah, ini hanya soal taharah bukannya soal haram dipegang atau haram dipelihara. Hukum fikah menetapkan anjing dan babi itu najis mughallazah atau najis berat. Baiklah jika soal taharah, najis sederhana seperti tahi pensyarah atau tahi pelajar itu sendiri, mahukah pelajar tersebut bergambar dan berposing sambil memegang tahi mereka alasan sebagai menerangkan kepada umat Islam bahawa umat Islam boleh menyentuh tahi? Apa pula yang boleh kita katakan jika pelajar itu bergambar bangga di sebelah pancutan air kencing rakannya sendiri.
Bolehkah kita tersenyum dengan alasan mereka sedang belajar urine test? Cukupkah berpandangan bahawa tahi dan air kencing itu cuma najis sederhana sahaja bukan najis berat atau sesuatu yang haram disentuh. Mana letaknya akhlak dan adab serta budaya sopan kita selama ini? Apakah kita gembira melihat rombongan pelajar-pelajar Islam yang bertudung bergambar dengan penuh ceria dan bangga di hadapan kilang arak dengan alasan mereka sekadar membuat kajian atau lawatan sambil belajar?
Hari ini kita sudah tidak kisah melihat gadis-gadis Islam bertudung menari, berjoget dan bernyanyi bersama lelaki di atas pentas atau gadis-gadis bertudung yang turut berpelukan dan berjoget di bawah pentas sambil bersorak gembira menyaksikan artis kafir atau Melayu yang sekadar menutup kemaluan dalam program maksiat. Adakah ini senario yang ingin kita jadikan budaya setelah 50 tahun kita merdeka? Persoalan anjing dan babi ciptaan Allah memang tidak sesiapa yang akan menafikannya. Tetapi soal bagaimana kita melayaninya telah diajar oleh Islam. Syaitan adalah ciptaan Allah tetapi ia dilayan dengan laknat. Manusia ciptaan Allah juga dilayan mengikut kebaikan atau kejahatannya. Haiwan ciptaan Allah turut dilayan mengikut kegunaannya. Memang benar kita perlu melayan haiwan dengan baik, tetapi sebaik mana layanan kita sekalipun sekiranya berhadapan dengan harimau, singa, ular dan binatang berbisa masih ada batasnya. Belajarlah sehingga PhD sekalipun, tetapi jika soal adab dan akhlak masih keliru, jika soal najis masih diringan-ringankan, soal anjing dan babi masih tidak ada perasaan jijik apalah nilai ilmu setinggi itu.
Percayalah jika pemikiran dangkal sebegini berlarutan, orang kafir akan menganggap tiada apa-apa larangan kepada orang Islam terhadap kedua-dua binatang najis mughallazah ini. Jangan salahkan mereka jika suatu hari nanti pensyarah itu dihidangkan dengan gulai babi atau sup anjing. Ini kerana anak-anak didiknya telah menunjukkan SIKAP yang KURANG diAJARi oleh guru mereka.
dua orang pelajar ini dikatakan bergambar dengan babi dan anjing
_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Kepada yang berkenaan,
Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang
Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit
maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi
internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan
Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh
anjing dan babi.
Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan
huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah
tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang
banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA APA-APA
MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM
SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH
ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI
KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN
MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.
Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram.
Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam
terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah,
dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya
setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan
anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?
Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit
pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan
Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung
pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan
Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di
Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor. Saya bukanlah orang
yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang
terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat
menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat
serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan
dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada
perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar
yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan
isu ini.
Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan)
sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi
merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya
vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan
merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat
sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja.
Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang
akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun,
bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan,
adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat
pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan
pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit-
penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada
tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat
juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel
yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis,
organ-organ dan sebagainya
Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar
akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan
organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi
dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan
membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya
apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara
umumnya saya bersetuju dengan perkataan EURO '³desensitization EURO '´
yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut
kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak
sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan
tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang
dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.
Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek
pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5.
dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan EURO '¶ kumpulan ini
akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah
ditetapkan. Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selama
seminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah
amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap
anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke
ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis
penyakit serta rawatan. Daripada apa yang saya lihat,
gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah
gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam
subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan
saya, pelajar itu berkongsi gambar EURO '¶ gambar tersebut secara
umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau
sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang
mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.
Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan
babi yang dikategorikan sebagai najis '³mughollazoh'´
iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti
mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai
yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim
boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan
pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama
hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis '³mughollazoh'´
tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila
kita menyentuh najis '³mughollazoh'´ kita dikehendaki
menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang
telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan
air '³musta'mal'´ (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x.
Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya
bukan menyentuhnya.
Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu
yang merasakan 'geli'² atau jijik terhadap anjing dan babi.
Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada
ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak
daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses
menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak
dilakukan akan menjejaskan ibadah. Saya sendiri, walaupun
telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi,
merasa kekok dan sedikit EURO '±geli EURO '² apabila kali pertama
memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat
anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana
tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut
ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat
bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses
mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam
terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini. Adakah Allah menciptakan
anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya
diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat
hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh
anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu
berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut.
Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan
dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum
kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?
Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana
termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi
untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia
memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan
ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari
sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat
apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi
serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah
dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.
Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui
tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya. Vet dan
pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan
tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaian
kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah
mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya
pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana
khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya. Bagi orang awam
pula tidak perlu risau kerana najis ini '³tidak berjangkit'´
maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah
membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih
belum menyamak tangannya, ia tidak '³berjangkit'´ jika anda
bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa)
pada tangan vet tersebut. Tetapi vet tersebut perlu menyucikan
tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda
bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara
anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang
memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi.
Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis.
Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz
untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan
mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika
terdapat najis '³mughollazoh'´ pada badan yang tidak
diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah
sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka
yang was-was praktikkan. Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan -
persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti
bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda,
apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan
yang diterimanya? adakah ianya halal? Begitu juga jika vet muslim
memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan
babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu
orang memakan babi? Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang
sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia
yang membolehkan solat tersebut dijamakkan?
Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam,
dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak
mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini. Saya kira
perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang
kerjaya anda jika anda mencarinya. Ini kerana Islam itu adalah
cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang,
dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang
pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan
tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.
Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil
tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya
masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak
dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya
mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang
senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan
kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu
daripada soalannya adalah '³jika anda melihat seekor anjing
yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan
kakinya? Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda'´. Sebagai
seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu
jawapan yang menyatakan '³Tidak, kerana saya seorang Islam'´.
Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita
perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan
sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya
Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya,
terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya.
Wallahua'lam
Saya mengalu-alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan,
memperbetulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan
dengan hal ini. Anda bolehlah menghantar email kepada
lapanjuta@yahoo.co.uk. Sekian moga bermanfaat untuk semua.
Terima kasih.
Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin
DVM, UPM
Disemak oleh,
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
Pensyarah
Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia
6 people drop their comments!:
sensetiviti agama dan kaum perlu diambil kira ..adusss..tak sensetif langsung
pihak atasan harus peka isu sensitif
as salam..
terima kasih.
matlamat tak menghalalkan cara.
kalau untuk tujuan perubatan dan menjaga hubungan sesama mahkluk, itu adalah wajib.
cuma bab bergambar. mendekatkan diri kepada sesuatu tanpa sebab pun sudah dikira haram. ambil contoh. air puith dalam gelas kosong. buaknnya arak. tapi dibayangkan iannya arak. maka si pelaku itu haram meminumnya.
bergambar gedik dekat kandang babi, apa motif. takde kaitan dengan amalan perubatan.
fatwa2 sedia ada dari alim ulama' luar negara dari syria contohnya, patut diambil kira. kerana kita masih 1 mazhab yang sama. lain lah kalau malaysia ni ikut mazhab imam maliki ke..
tu penting. Islam itu memang benar syumul. tapi kita perlu ingat. kita ada sumber ikutan ikutan kita. seperti diatas, setiap mazhab, berlainan pendapat mengenai sesuatu perkara.
rumusan :
apa yang dari isi diatas dikatakan itu ada benarnya. tapi, isunya, mengenai gamabr itu gambar tu, kita perlu tahu niat kenapa gamabr tu diambil. itu saja. sama seperti arak. saja2 ambil gambar dengan botol arak.tahu apa hukumnya kan?
matlamat tak menghalalkan cara
salam. betul lah dia cakap. tapi matlamat tak menghalalkan cara. lagi pun memang setiap perbuatan berdasarkan niat. tapi cuba tengok pic bebudak pompuan tuh. gembira bangga sekali. malu nya kami sebagai orang islam. maruah, bukan maruah mereka sahaja tercalar,maruah aku sebagai islam pun turut sama tercalar. malu siot. bila teringat kes nih,ketap bibir aku menahan marah. mahu sja aku sembelih bebudak tuh. sekeping gambar seribu rasa.
Terus terang saya cakap saya merasakan Babi ialah sejenis binatang yang comel. Lebih comel dari seekor buaya. Pada saya sAllah mencintai keseluruhan maklhluknya termasuk babi. Babi mempunyai fitrah mereka sendiri yang mana ianya sebahagian dari perintah Allah juga.
Namum terdapat hukum-hakam yang tertentu seperti pengharaman memakan daging babi. Tapi daging harimau kita diharamkan makan juga. Daging ular dan penyu juga haram.
Rasa jijik atas babi hanyalah persepsi masyarakat sahaja. Tidaklah pula pernah saya dengar Allah memerintah kita supaya merasa jijik kepada Babi. Jijik kepada daging babi mungkin adalah sebab ianya najis. Tetapi jijik kepda Babi sebagai haiwan tidak.
Walauapapun jikalau niat pelajar-pelajar itu ialah berjihad ilmu saya ucapkan tahniah. Kalau tiada orang Islam yang pakar dalam ilmu berkenaaan babi maka sudah menjadi fardhu kifayah kepada mereka. Dan jika dipenuhi besar pahalanya. Semoga mereka menjadi ahli dan pakar rujukan dalam hal babi yang berugama Islam yang tersohor dan lagi diberkati ilmu mereka.
Tapi dari gambar-gambar yang disiarkan saya rasa mereka tidak serius berjihad nampaknya. Banyak memain. Dan pada saya memalukan pihak tenaga pengajar kerana nampak standard keilmuan dan akademik yang rendah. Prosedur menuntut ilmu nampaknya hancur. Boleh siap posing pulak dalam tengah dok mengaji tu. Seriuslah sikit adik-adik oiii.
Memang benar, m'megang babi itu hukumnya haram dan kita tidak digalakkan untuk m'megangnya. Tetapi didalam agama ISLAM juga ada di ajar cara untuk membersihkan kotoran tersebut. Pasti semua pun tahu cara "SAMAK" bukan?
Saudara, Islam itu mudah. Jangan lah kita cepat menghukum orang. Bagi saya, kelakuan gadis ini tidak seberat kes yang lebih teruk diluar sana. Seperti, berzina, mabuk di kelab malam. Itu yang sepatutnya kita fikirkan.
Gadis ini, melalukan pembelajaran nya sebagai doktor veterinar. Ada sebab dia pegang dan sebabnya kukuh.
Kesalahan dia hanya mem'publish'kan gambar ini. Tetapi mungkin ini hanya untuk simpanan dirinya. Kita taktahu macam mana boleh tersebar. Segala yang terjadi pasti ada jawapannya. Jangan cepat kita menghukum!
Bukan senang nak dapat pegang babi, sekali dapat pegang sure nak kenangan. Betol tak? hehe
Post a Comment