Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Wednesday, June 29, 2011

Tip-tip Mengelak Ditipu Penjual Durian


Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.

Pada senja ini (matahari dah nak terbenam) saya ingin berkongsi tip-tip bagi mengelak ditipu penjual durian di pasar malam. Ini bukan main-main ya. Kita selaku pembeli dan pengguna harus memilih dengan bijak! Malangnya saya telah ditipu semalam. Semalam saya telah ke pasar malam di Taman Perpaduan, Bercham, Ipoh, Perak, Malaysia.

Kebetulan saya memang mengidam nak makan buah durian. Sampai sahaja di pasar, saya terus meluru ke penjual durian. Saya cari penjual yang ada meletakkan tanda harga. Malas nak bertanya sebenarnya. Walaubagaimanapun, sebenarnya meletakkan tanda harga ada kewajipan dan tanggungjawab penjual atau pekedai kepada pembeli. Tanda harga harus ditunjukkan bagi mengelakkan kekeliruan kepada pembeli atau pelanggan.

Bulan lepas saya ada membeli selonggok durian dengan harga RM10. Tapi memang kecil² semuanya. Dapat la dalam 7 biji. Saya ingatkan dapat la yang manis² seperti di kampung. Tapi hampeh. Tawar. Mengko. Hampa gitu. Tak sedap pun ngap je seorang 3 biji. Baki 4 biji lagi bawa balik kampung. Hahahahaha.... Tak tau la mak buat apa dengan durian kecik tu.

lebih kurang macam ni la

Kembali kepada kisah durian saya semalam. Selonggok RM10. Kali ini bukan yang kecik lagi dah tapi yang BESAR PUNYA~~~ Dapat 3 biji. Berat peh~~~ Lebih 10kg ada kot.... Memang penuh la bakul motor tu. Nak pusing handle punya la susah.....

sekadar hiasan

Bila sampai rumah, buka plastik, hampa dan hampeh. rasanya. Ingatkan dapat la durian kuning macam dalam gambar ni. Tapi......... Rosak! Rosak! Rosak! 

Tip-tip memilih durian yang baik
  • JANGAN pilih yang terlalu hijau atau hijau pekat. Itu tanda masih mentah
  • kulit yang sedikit kekuningan tanda buah sudah masak dan ranum
  • JANGAN pilih durian yang kulitnya terlalu kuning dan ada rekahan. Itu tanda buah terlebih masak dan mungkin lebih sesuai dibuat tempoyak sahaja
  • JANGAN pilih durian yang terlalu besar rekahannya. Tiada rekahan adalah lebih baik. Rekahan yang besar tanda isi telah rosak. Saya sendiri telah menjadi mangsa. Sia-sia sahaja sebiji telah rosak.
  • JANGAN makan isi durian yang telah 'berbuih'. Itu tanda buah telah rosak walaupuntidak berbau busuk. Isi ini tidak sesuai dijadikan tempoyak. Anda mungkin akan mengalami keracunan makan (sakit perut) jika memakannya
  • pilih sendiri durian anda
  • jangan aci 'serkap' durian longgok dengan harga murah. Penjual mungkin sengaja ingin menjual buah yang telah rosak
  • hidu buah durian tersebut. Warna yang cantik belum tentu manis baunya
  • jika buah masinh hijau dan tiada rekahan, minta penjual kopek lubang bagi anda melihat isinya. Don't judge the book by it's cover
  • JANGAN makan isi durian yang berwarna jingga (warna oren) kerana TINGGI KOLESTROL!!!!!!


Selamat mencekik derian!!!!!!!!!!!!!

klik SINI dan SINI

8 people drop their comments!:

Azri Fathurrahman said...

pehh , sedap gila durian yang kaler oren tu . lama gilaa aku tak makan durian .. =.='

hyhhh said...

wah...sedapnya...tiba2 terasa plak nak makan durian..

Unknown said...

aku geram dengan derian...
komer boleh plak suka....

Nabila Wahab said...

nak pulut deriannnn !!! hahah

Unknown said...

pulut dengan derian...
menu org utara...

anamizu said...

muka penuh nikmat amek bau durian tu!!! hahaha~~




*testing2...
try komen tgk bleh ke dak ni..ngee~

Unknown said...

try guna opera ni....aduhai....buruknya....

Syazwan said...

pehh. selalu merasa durian tak sedap jual kat bandar T-T

harap-harap boleh pakai tips ni nak cari yang sedap-sedap je ^_^"

SPONSOR

Ad