Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Saturday, June 18, 2011

COUPLE VS CINTA


Assakamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.

COUPLE VS CINTA

Allah sendiri telah menyatakan dalam al-Quran agar tidak mendekati zina. Sesungguhnya couple itu sendiri adalah salah satu perkara yang mendekati zina. Jangan nak perasan kata couple tu best. Memanglah seronok bercinta bagai nak rak, tapi betul ke kamu nak berkahwin dengan dia? Tak kan?

Ada individu yang berbangga dengan couple. Memang orang utan lah orang tu. Secantik-cantik awek kamu sekarang, ada lagi yang cantik di luar sana. Sehandsome-handsome pakwe kamu sekarang, ada lagi yang handsome di luar sana. Sehot-hot pakwe@awek kamu sekarang, ada lagi yang hotter di luar sana.

Sesungguhnya Allah telah menetapkan pasangan masing-masing. Maka tidak perlu dicari sekarang. Belum tiba masanya lagi. Sekarang baru belasan tahun. Umur baru setahun jagung. SPM belum lepas. Lepas masuk U nanti cari la banyak-banyak. Tapi jangan sekarang. Keberkatan belajar tidak ada. Confirm menyesal kemudian hari nanti.

Sebarang perlakuan kita pada hari ini akan dibalas pada suatu hari nanti. Sesungguhnya perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Begitulah juga sebaliknya bagi lelaki. Jika ada yang bercouple sekarang, maka isteri @ suami kamu nanti juga pernah bercouple. Jika kamu meraba (pegang) anak orang sekarang, nescaya isteri @ suami kamu nanti has been touched too. Jika kamu makan epal orang sekarang, maka epal epal yang kamu akan dapat nanti pastinya telah digigit orang. Faham-fahamlah ya…..


Kerana CINTA rosak FUTURE?

Kalau time belajar asyik teringat pada pasangan masing-masing, ada guna? Mesti tak masuk otak. Waktu studi, studi. Time belajar, belajar. Jangan campur adukkan semuanya sekali. Berdua-duaan? Tangkap basah? Tangkap kering? Parent tahu, malu, calar nama baik keluarga. Nanti mak menangis, kecewa dengan perlakuan sumbang si anak. Setitis air mata ibu mengalir kerana seorang anak, maka berdosalah anak itu.

Jangan main-main….. Betul ya….. Sesungguhnya redha Allah atas redha ibu bapa.

Saya mohon andai kata pandangan peribadi saya ini terlalu sensitif. Bagaimanapun, ini adalah kebenaran. Bukan saya nak berlagak pandai atau buat² alim² kucing. Saya sekadar menyampaikan apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Wassalam~~~

2 people drop their comments!:

MistaZaharin said...

canteknye blog~ tersusun rapi. meh jadik tutor meh.. =)

Unknown said...

hahahaha....
biasa² je.....*jawapan artis
masih berusaha kearah tangga kejayaan~~~

SPONSOR

Ad