Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Monday, June 13, 2011

Filem Pecah Rahsia Pekida?????

Di bawah ini adalah keratan akhbar tempatan
__________________________________________________________________________________


PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

“Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida. 



“Kod rahsia berkenaan selalunya digunakan di antara ahli-ahli Pekida dan ia tiada kaitan dengan gengsterisme seperti mana yang dipaparkan dalam kedua-dua filem ini.



Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis. 



Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.



Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.



“Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu. 



“Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat,” ujarnya kesal.



Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut. 



“Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida. 



“Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan,” jelasnya. 



Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

_________________________________________________________________________________

Persoalannya di sini, adakah perkara ini benar-benar berlaku atau sekadar satu kebetulan.Mungkin kedua-dua pengarah muda ini hanya sekadar mahu menimbulkan satu elemen kejutan dan istimewa dalam filem mereka. Benarkah mereka telah pecah rahsia besar Pekida? Bukankah tindakan Pekida sendiri telah memaklumkan kepada masyarakat umum mengenai "rahsia" ini. Jujur saya katakan, saya tidak pernah mengetahui mengenai hal ini sehinggalah terbaca mengenai "cerita sensasi" ini di dada akhbar. Jadi siapa yang patut dipersalahkan sebenarnya. Anda selaku penonton dan pembaca tentukan.

**********************************************************************************
Nota kaki; macam-macam..............

4 people drop their comments!:

k e y r i said...

la... diorang bukan rahsia lagi dah.. ahli2 diorang sendiri yg bocorkan pada umum. mau saman ape lagi.. haih..

Famili Ceria said...

btol tu...org x tau pa2 pon...tiba2 diorang yang bocorkan...kalau depa diam2 saja,kan senang...

Ahmad Haziq Azlan said...

jadi, nak salahkan pekida ke????

Azri Fathurrahman said...

lahhh .. aku rasa pekida sendiri yang bocor kan rahsia diorang , sebab diorang kata tu kata laluan diorang . kalau pekida tak kata pape , mesti semua orang kata tu sume hanya rekaan semata mata ... =.='

SPONSOR

Ad