Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

Rugi Kalau anda Tak Berjanggut !


Di zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang berjanggut nipis atau jarang-jarang sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya.

Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah s.a.w. senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggutnya yang jarang itu.

Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut.

Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda…
“Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?”

Lalu Baginda menjawab..
” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat”.

***********

Jadi kepada semua lelaki di luar sana yang tidak mempunyai janggut walau sehelai, anda ternyata memang rugi besar. Biarkanlah tumbuh janggut walau sehelai. Bukankah menyimpan janggut juga adalah sunnah Rasulullah. Selain itu, individu yang mempunyai janggut juga dilihat sebagai matang. Adakah anda mahu kekal dilihat sebagai anak kecil? Anda pasti ingin dihormati sama seperti orang dewasa yang lain bukan? Renung-renungkanlah wahai sahabatku....

Thursday, July 7, 2011

Cina Perabut Bagi Tips 18sx kat Aku?

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.

Cuba baca tajuk entri ni betu-betul. Err....biar betik!!!!!! Betul ke ni? Ah entah tak tau.... Macam geli je kan dengar... Memang geli pun. Tapi jangan risau, aku takkan sebut benda-benda 18SX kat sini. Ada cerita disebalik cerita. Hehehehehe....

Tengahari tadi aku pergi ke kedai perabut berdekatan TM Point Ipoh sebelum hantar kakak aku ke sekolah. Kakak aku nak pindah rumah, nak beli tilam baru. Berenti je kereta, kakak terus masuk kedai tu. Aku melangut dulu dalam kereta tu dalam 5 minit. Ah boring! Jangan buang masa, masuk je kedai tu. Kakak aku ntah semangat tanya pasal tilam. Salah seorang pekerja cina kat situ hulur tangan. Buat apa? Aku pun salam la. Dah adat Melayu.... Orang hulur tangan, kita sambut la..... Akhirnya berjaya beli tilam dengan harga RM499. Eh ada kaitan dengan tajuk ke? Takde kan.....

Sementara kakak aku sembang-sembang lagi dengan tauke kedai tu, aku pun berjalan keluar. Cina (pekerja tadi) boleh pulak tegur aku. Tanya pasal muka. Ah segan la. Tau la tak handsome! Parut jerawat+chicken pox sana sini! Dengan selamba badak aku jawab je semua pertanyaan dia.

Sejujurnya, aku tak berapa nak faham apa yang dia kata. Tapi kebanyakannya faham la.... Pot pet pot pet tiba-tiba boleh plak dia masuk isu 18sx. Walaupun kami sama-sama lelaki, segan la weh! Engkau tua! Aku muda! Bangsa tak sama! Agama berbeza! Segan! Segan! Malu! Malu! Cover.... Buat cool je~~~~


Huh? What the fish!!!!!!!!!!!!! Onani merawat jerawat?????? Biar betul cina ni....... Masa ni aku telan air liur dah..... Boleh pulak cakap benda-benda 18sx kat aku..... Cool lan, Cool~~~~~~~~~ Ah layan je...... Gulp! Padahal dah meremang bulu tengkuk..... 18sx kat isu peribadi..... Rasanya tak perlu la bagi tips yang pelik-pelik..... Aku rasa mustahil onani boleh kurangkan jerawat. Jerawat tumbuh kerana hormon. Onani pula kalau tak silap menyebabkan hormon bertambah. Kiranya...... Onani+Hormon=Jerawat!!!!!!!!!!!! Gila! Gila! Gila! Tak nak aku ikut nasihat kau!!!!!!!!!!!!

Errr...... Ada tips nak kurang jerawat tak? Hahahahahaha~~~~ Seriously, I'm totally freak out!!!!!!!

Wednesday, June 29, 2011

Tip-tip Mengelak Ditipu Penjual Durian


Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.

Pada senja ini (matahari dah nak terbenam) saya ingin berkongsi tip-tip bagi mengelak ditipu penjual durian di pasar malam. Ini bukan main-main ya. Kita selaku pembeli dan pengguna harus memilih dengan bijak! Malangnya saya telah ditipu semalam. Semalam saya telah ke pasar malam di Taman Perpaduan, Bercham, Ipoh, Perak, Malaysia.

Kebetulan saya memang mengidam nak makan buah durian. Sampai sahaja di pasar, saya terus meluru ke penjual durian. Saya cari penjual yang ada meletakkan tanda harga. Malas nak bertanya sebenarnya. Walaubagaimanapun, sebenarnya meletakkan tanda harga ada kewajipan dan tanggungjawab penjual atau pekedai kepada pembeli. Tanda harga harus ditunjukkan bagi mengelakkan kekeliruan kepada pembeli atau pelanggan.

Bulan lepas saya ada membeli selonggok durian dengan harga RM10. Tapi memang kecil² semuanya. Dapat la dalam 7 biji. Saya ingatkan dapat la yang manis² seperti di kampung. Tapi hampeh. Tawar. Mengko. Hampa gitu. Tak sedap pun ngap je seorang 3 biji. Baki 4 biji lagi bawa balik kampung. Hahahahaha.... Tak tau la mak buat apa dengan durian kecik tu.

lebih kurang macam ni la

Kembali kepada kisah durian saya semalam. Selonggok RM10. Kali ini bukan yang kecik lagi dah tapi yang BESAR PUNYA~~~ Dapat 3 biji. Berat peh~~~ Lebih 10kg ada kot.... Memang penuh la bakul motor tu. Nak pusing handle punya la susah.....

sekadar hiasan

Bila sampai rumah, buka plastik, hampa dan hampeh. rasanya. Ingatkan dapat la durian kuning macam dalam gambar ni. Tapi......... Rosak! Rosak! Rosak! 

Tip-tip memilih durian yang baik
  • JANGAN pilih yang terlalu hijau atau hijau pekat. Itu tanda masih mentah
  • kulit yang sedikit kekuningan tanda buah sudah masak dan ranum
  • JANGAN pilih durian yang kulitnya terlalu kuning dan ada rekahan. Itu tanda buah terlebih masak dan mungkin lebih sesuai dibuat tempoyak sahaja
  • JANGAN pilih durian yang terlalu besar rekahannya. Tiada rekahan adalah lebih baik. Rekahan yang besar tanda isi telah rosak. Saya sendiri telah menjadi mangsa. Sia-sia sahaja sebiji telah rosak.
  • JANGAN makan isi durian yang telah 'berbuih'. Itu tanda buah telah rosak walaupuntidak berbau busuk. Isi ini tidak sesuai dijadikan tempoyak. Anda mungkin akan mengalami keracunan makan (sakit perut) jika memakannya
  • pilih sendiri durian anda
  • jangan aci 'serkap' durian longgok dengan harga murah. Penjual mungkin sengaja ingin menjual buah yang telah rosak
  • hidu buah durian tersebut. Warna yang cantik belum tentu manis baunya
  • jika buah masinh hijau dan tiada rekahan, minta penjual kopek lubang bagi anda melihat isinya. Don't judge the book by it's cover
  • JANGAN makan isi durian yang berwarna jingga (warna oren) kerana TINGGI KOLESTROL!!!!!!


Selamat mencekik derian!!!!!!!!!!!!!

klik SINI dan SINI

SPONSOR

Ad