Huh? Biar betul? Macam tak percaya je..... Memang tak percaya pun..... Tapi... Tapi.... Tapi..... Tapi dia memang guna Pantene pun..... Itu memang tidak boleh disangkal.... Rahsia awet muda barangkali......
My Friends
Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts
Wednesday, January 4, 2012
Friday, July 1, 2011
Petua Kekal Sihat
Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w., kita digalakkan berdehem tiga kali disertai dengan meneran sedikit bagi mengelakkan daripada mendapat penyakit batu karang.
Semasa membuang air besar, mengiringlah sedikit ke kiri kerana perut kita akan menekan rektum yang memudahkan pengeluaran n**is.
Untuk menjadikan diri anda bijak dan genius, tidurlah mengiring ke kanan (mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.) kerana jantung (yang terletak di sebelah kiri tubuh) akan lebih lapang dan mudah berdegup sekali gus membaikkan perjalanan darah dan otak akan membangun dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.
Wednesday, June 29, 2011
Tip-tip Mengelak Ditipu Penjual Durian
Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.
Pada senja ini (matahari dah nak terbenam) saya ingin berkongsi tip-tip bagi mengelak ditipu penjual durian di pasar malam. Ini bukan main-main ya. Kita selaku pembeli dan pengguna harus memilih dengan bijak! Malangnya saya telah ditipu semalam. Semalam saya telah ke pasar malam di Taman Perpaduan, Bercham, Ipoh, Perak, Malaysia.
Kebetulan saya memang mengidam nak makan buah durian. Sampai sahaja di pasar, saya terus meluru ke penjual durian. Saya cari penjual yang ada meletakkan tanda harga. Malas nak bertanya sebenarnya. Walaubagaimanapun, sebenarnya meletakkan tanda harga ada kewajipan dan tanggungjawab penjual atau pekedai kepada pembeli. Tanda harga harus ditunjukkan bagi mengelakkan kekeliruan kepada pembeli atau pelanggan.
Bulan lepas saya ada membeli selonggok durian dengan harga RM10. Tapi memang kecil² semuanya. Dapat la dalam 7 biji. Saya ingatkan dapat la yang manis² seperti di kampung. Tapi hampeh. Tawar. Mengko. Hampa gitu. Tak sedap pun ngap je seorang 3 biji. Baki 4 biji lagi bawa balik kampung. Hahahahaha.... Tak tau la mak buat apa dengan durian kecik tu.
lebih kurang macam ni la
Kembali kepada kisah durian saya semalam. Selonggok RM10. Kali ini bukan yang kecik lagi dah tapi yang BESAR PUNYA~~~ Dapat 3 biji. Berat peh~~~ Lebih 10kg ada kot.... Memang penuh la bakul motor tu. Nak pusing handle punya la susah.....
sekadar hiasan
Bila sampai rumah, buka plastik, hampa dan hampeh. rasanya. Ingatkan dapat la durian kuning macam dalam gambar ni. Tapi......... Rosak! Rosak! Rosak!
Tip-tip memilih durian yang baik
- JANGAN pilih yang terlalu hijau atau hijau pekat. Itu tanda masih mentah
- kulit yang sedikit kekuningan tanda buah sudah masak dan ranum
- JANGAN pilih durian yang kulitnya terlalu kuning dan ada rekahan. Itu tanda buah terlebih masak dan mungkin lebih sesuai dibuat tempoyak sahaja
- JANGAN pilih durian yang terlalu besar rekahannya. Tiada rekahan adalah lebih baik. Rekahan yang besar tanda isi telah rosak. Saya sendiri telah menjadi mangsa. Sia-sia sahaja sebiji telah rosak.
- JANGAN makan isi durian yang telah 'berbuih'. Itu tanda buah telah rosak walaupuntidak berbau busuk. Isi ini tidak sesuai dijadikan tempoyak. Anda mungkin akan mengalami keracunan makan (sakit perut) jika memakannya
- pilih sendiri durian anda
- jangan aci 'serkap' durian longgok dengan harga murah. Penjual mungkin sengaja ingin menjual buah yang telah rosak
- hidu buah durian tersebut. Warna yang cantik belum tentu manis baunya
- jika buah masinh hijau dan tiada rekahan, minta penjual kopek lubang bagi anda melihat isinya. Don't judge the book by it's cover
- JANGAN makan isi durian yang berwarna jingga (warna oren) kerana TINGGI KOLESTROL!!!!!!
Selamat mencekik derian!!!!!!!!!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)


