Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label Amalina Che Bakri. Show all posts
Showing posts with label Amalina Che Bakri. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

MENARIK: JAWAPAN LENGKAP NUR AMALINA CHE BAKRI MENGENAI ISU KEJUTAN BUDAYA

Beberapa hari lepas, pada jam 5.17 petang, sekumpulan wartawan tempatan berada di rumah ibu pelajar cemerlang 17A1 pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri bagi mendengar sendiri jawapannya terhadap semua isu yang tersebar di media sosial.
Perbualan melalui sidang video Skype lebih sejam sangat mesra malah penuntut Universiti Edinburgh, United Kingdom itu menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya.
Kini berusia 24 tahun, gadis yang lahir pada 7 Disember ini sekali lagi menjadi tajuk utama akhbar tempatan semalam; genap setahun selepas kisahnya dipaparkan mengenai dakwaan dia gagal dalam pengajiannya di luar negara  dan pulang senyap-senyap ke rumah ibunya.
Khabar angin itu bagaimanapun tidak benar. Sekali lagi, minggu ini, kisah gadis pintar ini hangat diperkatakan.
Media sosial sejak beberapa hari lalu hangat memperkatakan tentang isu gambar Nur Amalina mengenakan ‘legging’ yang diambil dari arkib foto akaun Facebook miliknya.
Mungkin ini harga yang perlu dibayar menjadi seorang ikon yang cemerlang dalam pendidikan sehingga menjadi rutin tahunan yang perlu dihadapi keluarganya.
Sebelum mendengar penjelasan Nur Amalina, perkembangan terkini gadis ini harus diberi perhatian kerana kini turut terlibat dalam menyediakan kertas penyelidikan untuk dimuatkan dalam jurnal perubatan di Eropah.
Apa yang membanggakan, selain pengajian perubatan, Nur Amalina yang memperolehi keputusan cemerlang, turut ditawarkan mengambil ijazah tambahan dalam bidang farmakologi dalam tempoh setahun berbanding empat tahun.
Pastinya bukan mudah untuk bergelut dengan dua ijazah apatah lagi di negara asing. Berikut adalah cerita Nur Amalina:




Sesuai dengan anugerah sebagai pelajar cemerlang, Nur Amalina juga bijak menangani isu yang menyelubunginya dan tak mudah melatah. Langkah pertama dilakukan ialah menghubungi ibunya, Sabariah Hasaan bagi mendapatkan nasihat.




Ini pula penjelasan Nur Amalina terhadap isu foto ‘legging’ dan bersama rakan lelaki yang tersebar luas di internet. Antaranya foto yang tersebar adalah koleksi peribadi dan diambil tanpa kebenarannya dengan niat tidak baik termasuk untuk mengaibkannya:




Menganggap dirinya sebagai seorang yang ekspresif dalam fesyen, ia tidak pula dianggap sebagai lesen untuk dia melampaui batas. Legging itu tampak seperti mendedahkan kulitnya, walhal ia dibeli oleh ibunya.





Nur Amalina turut dikecam kerana didakwa melucutkan tudung sebaik menjejakkan kaki di perantauan. Ramai menganggap Nur Amalina sengaja menanggalkan tudung bagi menyesuaikan diri dengan negara Barat. Seeloknya, kita dengar apa justifikasi Nur Amalina:




Menurut Nur Amalina, dia bersedia untuk menerima teguran yang diberikan untuk dijadikan panduan serta bimbingan hidupnya namun biarlah ia dilakukan secara berhemah. Dia turut memohon agar semua foto milik peribadinya dibuang dari internet kerana ia boleh menimbulkan pelbagai persepsi mengaibkan apatah lagi jika yang melihatnya tidak menerima gambaran sebenar dan lebih jelas.





Nur Amalina melanjutkan pengajian ke United Kingdom sejak lapan tahun lalu bagi menduduki peperiksaan A Level melalui tajaan Bank Negara Malaysia.
Disebalik khabar angin berniat negatif mendakwa pelajar itu sudah pulang ke Malaysia kerana gagal dalam penganjiannya pada 2009, Nur Amalina terus memperolehi pelbagai kecemerlangan dalam bidang yang dipelajarinya. Antaranya:
June – sekarang:
Medical Research Intern
Edinburgh Breast Unit WGH & Cancer Research UK, Edinburgh
Feb – May 2010
ERASMUS Research Intern
CHDR, The Netherlands
Aug – Sept 2009
District Medical Officer
Meru District Hospital, Tanzania
Bertugas di wad bersalin, pediatrik, HIV dan kecemasan.
Pada ketika kita mencemuh tentang betapa tidak Islamnya Nur Amalina, dia turut melakukan khidmat masyarakat mengajar Bahasa Inggeris bukan di kondominium mahupun banglo berkolam renang, sebaliknya di Orphanage, Tanzania dan Zanzibar, pada 2009.
Dia juga mengajar bahasa yang sama sejak 2008 hingga kini di Bergamo Scuole Elementare, Itali.
Bagi kerja kerja penyelidikan, Nur Amalina kini giat menyiapkan draf bagi bab terakhir kertas “Reproductive: Obstetrics and Gynaecology” in ABC of Medically Unexplained Symptoms 2011/2012
di bawah seliaan Dr Andrew Horne, Consultant Gynaecologist, Royal Infirmary of Edinburgh, University of Edinburgh.
She is writing a book chapter on medically unexplained symptoms in obstetrics and gynaecology, which involved chronic pelvic pain, dyspareunia and vulvodynia.
Sementara kita semua hanya hebat menulis di blog/twitter/facebook seperti aku, Nur Amalina juga dalam proses menyiapkan manuskrip untuk satu terbitan dalam Journal of Clinical Oncology bagi kajiselidik “The resection of lymph nodes and the consequences in survival rate of patients with breast cancer (2011/12)” di bawah pengawasan Prof Mike Dixon, Professor of Surgery and Consultant Surgeon, Edinburgh Breast Unit, Western General Hospital.
Hakikatnya, disebalik sifat rendah diri yang ditonjolkan Nur Amalina sepanjang video chat itu, aku terasa kita seharusnya menyokong dan sentiasa mendoakan kejayaan dia kerana dia adalah harapan untuk generasi akan datang.
Dan pada Nur Amalina, aku sendiri berharap dan berdoa akan terus tintakan dalam hati dan ingatan – ajaran agama serta budaya kita dengan menjadikan kes-kes terdahulu sebagai teladan.
Dan pada yang terus mencemuh gadis ini, adakah anda semua tahu akan pencapaian gadis ini? Makan atau tidak gadis ini di perantauan? Siapa yang menjenguk dirinya bila sakit? Bukankah kita semua belajar itu semua sebagai sebahagian dari adab kita?
Nur Amalina, I know you are reading this – my doa for you and cekalkan hati serta ingat untuk terus menjaga nama baik keluarga dan agama kita. Thank you for the wonderful chat that we had yesterday ! 

Tuesday, January 3, 2012

Kisah Amalina Che Bakri Alami Kejutan Budaya Sensasi


Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.

Terlebih dahulu ucapan tahniah buat Nur Amalina Che Bakri kerana namamu telah mencanak naik satu nama dahulu, dan takziah juga kerana namamu sekali lagi meletup bukan kerana berita baik, malangnya dengan cerita gempar sensasi yang bakal menjatuhkan dirimu. 

Cari sahaja AMALINA CULTURE SHOCK ataupun AMALINA CHE BAKRI BLONDE pasti terpampang namamu pada paparan Uncle Google dan Auntie Yahoo! mahupun Mak Bing Bing. 

Petang ni teman nak kongsikan serba sedikit kejayaan Amalina sebelum cerita busuk ini tersebar. Jom baca...........

__________________________________________________________________________________


Nur Amalina lanjut pengajian A-Level di United Kingdom


KUALA LUMPUR: Duta Akademik Berita Harian, Nur Amalina Che Bakri, 17, (gambar) akan melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom, September ini.

Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2004 yang mencatat keputusan 17A1 itu, akan ke sana awal bulan depan untuk menjalani temuduga kemasukan di beberapa institusi terbaik yang dikenal pasti oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Ketika dihubungi Berita Harian semalam, Nur Amalina berkata antara institusi itu ialah Oxford High School dan Perse School For Girls di Cambridge.

Perkara itu diuruskan Kementerian Pengajian Tinggi, manakala kos pengajian program A-Level selama dua tahun sehingga peringkat ijazah, dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

Nur Amalina sendiri berhasrat memasuki Universiti Cambridge selepas menamatkan program A-Level dan mengikuti pengajian dalam bidang perubatan sehingga peringkat ijazah lanjutan.

Ditanya mengapa Universiti Cambridge menjadi pilihannya, beliau yang bercita-cita menjadi pakar sakit puan berkata:

“Saya mengambil kira aspek penting seperti persekitaran institusi itu, suasana pembelajaran dan rekod pencapaiannya.”

Beliau mengakui tidak sabar untuk mengikuti program A-Level di United Kingdom yang disifatkannya sebagai peluang keemasan untuk meningkatkan pencapaian dan kecemerlangannya.

Sehubungan itu, beliau berazam berusaha bersungguh-sungguh sekali gus melayakkannya melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Universiti Cambridge.

“Semangat saya berkobar-kobar untuk memulakan pengajian kerana sudah lama meninggalkan sekolah. Saya sedang membuat persediaan rapi supaya tidak mengalami kejutan budaya apabila memulakan pengajian di United Kingdom nanti.

“Persediaan mental amat penting kerana cabaran yang akan dihadapi berbeza ketika di sekolah dulu, termasuk dari segi cara pembelajaran dan kekangan bahasa.

“Antara langkah diambil ialah membuat kajian dengan mendapatkan maklumat mengenainya menerusi internet dan buku,” katanya yang pernah mengikuti program pertukaran pelajar Malaysia-Itali dan mempunyai kenalan melalui internet di United Kingdom.

Difahamkan, British Council juga akan menaja Nur Amalina untuk mengikuti kursus bahasa Inggeris selama dua minggu bulan depan, sebagai persediaan berkenaan.

***********



Amalina dapat 5A A-Level, Pelajar Tunggal Dapat Merit Subjek Tambahan!
Oleh Azida Shaharuddin


JOHOR BAHRU: Nur Amalina Che Bakri (gambar) yang mencatat sejarah mendapat 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, sekali lagi mencapai kecemerlangan apabila memperoleh 5A bagi program A-Level di Cheltenham Ladies College (CLC), Gloucestershire, United Kingdom. 

Nur Amalina, 20, pelajar tajaan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapat 5A bagi Matematik Tambahan, Matematik, Biologi, Kimia dan Ekonomi. Beliau juga muncul pelajar tunggal mendapat merit bagi subjek tambahan, Kimia Tambahan, sekali gus menerima Anugerah Kecemerlangan Bank Negara pada Selasa lalu.

Beliau adalah anak Melayu pertama lulus cemerlang dengan pangkat 5A dalam peperiksaan berkenaan.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor Bahru itu juga diterima masuk ke College of Medicine and Veterinary Medicine di The University of Edinburgh bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perubatan, Surgeri dan Sains selama enam tahun bermula pertengahan bulan ini.

Nur Amalina yang kini bercuti dua bulan, ketika ditemui di sini, semalam, berkata beliau perlu mendaftar di universiti itu Sabtu ini bagi menjalani minggu orientasi sebelum kelas bermula pada 16 September.

“Sebelum ini, saya memohon empat universiti, iaitu Universiti Cambridge serta Imperial College, London, University Bristol dan The University of Edinburgh. Daripada empat permohonan itu, saya menerima surat tawaran daripada Universiti Bristol pada Februari, diikuti Universiti Imperial dan terakhir The University of Edinburgh pada 18 Mac lalu.



__________________________________________________________________________________

Maaflah kalau ada yang tak suka dengan entri ni. Teman cuma nak highlight, adakah telah tercapai kata-kata beliau supaya elak dari mengalami kejutan budaya (cultural chock) 5 tahun lepas? Malangnya apa yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. Anak timur di luar sana janganlah syok sangat bila sudah belajar di luar sana, nanti terkena shock pula. Bahaya wo~~~~~


Jadi lebih baik buat A-Level di Malaysia dulu, kemudian baru sambung degree di luar negara. Kenapa? Hehehe nanti lambat sikit terkena culture shock. Haha ok melawak je.....

Jadi kepada semua, ambillah iktibar daripada kejadian ini. Harap-harap perkara seperti ini tidak meracuni pemikiran ank muda kita yang masih hijau lagi mentah walaupun sudah jelas berlaku di ibu kota besar Malaysia. Mintak simpang 44 kali~~~~~~~~~

Teringin Nak Culture Shock Macam Amalina Che Bakri


Teman teringin bebenor nak fly abroad, bukan sebab nak jejalan tapi belajar la ya... Kalau setakat nak berjalan-jalan, teman boleh je berjalan ke Singapore tak pun ke Siam je. Eh eh tak ada pasport pula. Ah takpe, cuti ni buat la.....


Waktu sekarang ni bukan main kecoh lagi kecoh kat FB (deactivated) dan Twitter mengenai kes Amalina Che Bakri yang kononnya culture shock tu. FB dia katanya dah deactive. FB teman pun dah deactive. Konon nak tumpu stadi la konon.... Eh eh mana aku tau? Apa boleh buat, blog sekarang pon tengah hot! Amekaw! Blonde terus! What? Picture? Sorry I taknak la tempek gambar dia kat blog I... Tak best plak.... Lantak pi kat dia la kan.....


Serius dol, teman teringin sangat nak ke oversea. Nak tunggu master buat Master in Business Administration(MBA) tak pun PhD nanti. Ah gedik sungguk engkau. Setakat MBA tu kat UUM & Um pon ada la bai.... Tapi kalau nama pun PhD mesti la nak buat kat oversea punya... Walaupun berlambak je pak arab & negro datang buat postgraduate di Malaysia tak kira lah IPTA mahupun IPTS.


Kembali kepada kisah Amalina yang gua tak kisah tu................. Entah la tak tau la nak komen. Dia pun dah cukup umur nak mengundi. Pandai-pandailah dia fikir mana yang baik mana yang buruk. Eh ada kaitan ke? Takde ek? Ah abaikan je.... Kalau komer teringin nak usha gambar Amalina yang cool tu, boleh usha blog Eyfa dengan Gamepoint ni. Eh cool ke? Tak cool mana pun.... Buruk gila kalau aku blonde macam tu. Serius, mesti gua kena cop K-Pop kalau buat blonde bing bling macam tu.


Apa apa pun semua tu tak penting, sebab tak ada kaitan dengan teman. Teman cuma nak kabo yang teman teringin nak sambung belajor kat eversea je... Komer pon saling tolong doakan teman ya.... 4 tahun je lagi..... Amin~~~~~~

SPONSOR

Ad