Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Friday, April 6, 2012

Sedih Tak Dapat Balik Kampung

Hari ini merupakan hari pengajian terakhir bagi pertengahan semester yang pertama untuk semester kali ini. Kebetulan hari ini memang tiada kuliah. Jadi agak bersenang-lenang. Sebenarnya mulai esok atau boleh dikatakan mulai hari ini, cuti pertengahan semester bermula! Tak lama pun 7 hari je. Tak panjang mana pun, seminggu je. Walaupun cuma seminggu, bagi yang tinggal jauh diperantauan seperti teman ni, tempoh seminggu sangatlah berharga.


Kawan-kawan semua ramai yang dah balik. Teman seorang yang tertinggal di sini bertemankan kera-kera yang bermaharajalela kat sebelah bilik ni. Lepas tak ada orang di kolej, lagi la mereka happy boleh berjimba sana-sini.

Bila SMS kawan, mesti tanya "bila kau nak balik?". yang pasti jawapannya "tunggu la cuti semester bulan 7 nanti...". Bila call kawan je, mesti tanya "bila kau nak balik?". yang pasti jawapannya "tunggu la cuti semester bulan 7 nanti...". Bila online chat dengan kawan di Facebook je, mesti tanya "bila kau nak balik?". yang pasti jawapannya "tunggu la cuti semester bulan 7 nanti...". Bila berbalas komen di status Facebook je, mesti tanya "bila kau nak balik?". yang pasti jawapannya "tunggu la cuti semester bulan 7 nanti...". Alasannya tetap sama dan tidak berubah. Teman ada program sepanjang cuti. Orang lain di rumah masing-masing, teman tak balik rumah, pergi tempat lain. Bukan berjalan-jalan tau. Tapi memang ada program bersama universiti.


Mak pun pernah cakap, "Tak payah balik, kalau cuti kejap-kejap je". Seminggu wo. Bukannya kejap. Tujuh hari wo. Memang agak terkilan sebab tak dapat balik kampung, tapi tak apa la.... Bila lama tak balik kampung, baru la feel nak nyanyi lagu 'Balik Kampung' kan. Hehehehehehe~~~


Kepada sahabat-sahabat semua yang nak balik ke rumah masing-masiang sama ada menaiki kereta, bas, lori mahupun menunggang motorsikal ataupun mengayuh basikal, berhati-hatilah dalam perjalanan. Ingatlah orang yang tersayang. Akhir kata, selamat bercuti!



nota kaki: Forever Alone

Wednesday, April 4, 2012

Roti Nan Taman U Skudai Johor

Lepas penat jalan cari barang untuk basikal, kami singgah kedai mamak betul-betul di hadapan balai bomba. Klik SINI untuk baca kisah yang pertama. Rasanya ramai yang tahu kedai ni. Roti nan dia memang terbaik!!!!!!!!!!!!!


 
belek² dslr Intan. Tak pernah guna lagi. Orang lain dah habis belek kamera dia.
Teman seorang je yang belum merasa lagi.

yeay my first shot! Sumpah susah weh guna DSLR. Apa apa pun teman setia dengan Samsung ES75. Gambar² semua ni teman ambil guna kamera teman. Gambar pun cantik.

 ini dia 
Cheese Nan & Tandoori Chicken

 Harga RM8 satu set

 ini pula 
Garlic Nan & Tandoori Chicken. 
Kulit tu dah kena makan sikit.

Harga tetap sama 
RM8 satu set.


Selesai tugas kami untuk mencari barang untuk basikal hari tu. Esoknya kami teruskan usaha kami untuk meng-modify basikal. BERSAMBUNG

SPONSOR

Ad