Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Wednesday, February 29, 2012

Tersedak Dengar Berita Letupan

Kelas hari ni tamat jam 1 tengahari. Setelah selesaikan beberapa perkara, jalan jalan di Pesta Buku UTM, teman dan rakan-rakan bergerak ke Arked Meranti melalui Fakulti Alam Bina.


Kebetulan jam telah melepasi 1.30 petang. Jadi sambil kunyah nasi, lauk pauk, mata pun tak lepas dari tonton berita 1.30 TV3. Wow!!!!! Gas meletup!!!!! Kebabom sana sini. Api sampai cecah langit. Oh kilang gas memasak meletup rupanya............


Tapi teman sorang je yang tengok... kawan-kawan yang lain buat tak tau je..... Bila teman mention kat diorang, baru la diorang macam nak tau sikit......

Uish bahaya betul kilang gas ni.... Senang nak meletup sana sini. Laporan mengatakan tiada kemalangan jiwa. Punca dikatakan dari gas yang bocor. Tak cukup kuat kimpalan barangkali. Yang kelakar mengapa penjaga stor harus melarikan diri? Segan nak masuk TV? Ataupun wujud khianat di sini? Apa apa pun semoga kejadian seperti tidak berulang lagi.....



nota kaki: tak tersedak pun. cuma terkejut

LOL PIC #31: JURUGAMBAR TERKEDU

Saturday, February 25, 2012

PROMOSI: TEDDY BEAR

Klik SINI untuk lihat PROMOSI: TEDDY BEAR #2


Promosi ini adalah kerjasama dengan Sweet of Memory. Mari ke page FB Sweet of Memory dan Like. Sweet of Memory menawarkan pelbagai jenis produk dengan harga yang berpatutan malah lebih rendah dari harga yang kalian boleh temui di luar sana.



CODE: verybigBear
PRICE: RM299.00



CODE: creamybear
PRICE: RM139.00 



CODE: chocray
PRICE: RM65.90
*also available in white and pink



CODE: whitebobo
PRICE: RM59.90
*also available in blue, brown and pink



CODE: bluewinkwink
PRICE: RM29.90
*also available in pink and brown


Harga yang dipaparkan adalah tidak termasuk kos penghantaran. Tempahan boleh dilakukan di SINI.



Klik SINI untuk lihat PROMOSI: TEDDY BEAR #2

Mari ke FB page Sweet of Memory.

Thursday, February 23, 2012

Doodle Perempuan Untuk Aku

Gatal sangat join segmen, amekaw dapat aku doodle perempuan. Nasib baik cantik. Hehehehe


Apa-apa pun terima kasih Hafizzi Aziz atas doodle ni. Tak mampu teman nak lukis secantik ini.


Teman mampu lukis simple macam ni je..... Huhuhu..... Terima kasih sekali lagi ya

Harimau Ditikam Samurai | Malaysia Tumpas 0-4 Dengan Jepun

Apa sudah terjadi? Metro salah terbit berita?


Antara sedutan permainan yang berjaya dirakam melalui RTM1. Jepun berjaya menguasai permainan dengan menjaringkan 2 gol dalam 45 minit pertama. Manakala pasukan Malaysia melopong saat ketika itu.


 permainan sedang rancak berlangsung





 kepenatan

 antara penyokong Jepun yang hadir



 Harimau cedera



 berlaku pertukaran pemain Jepun



 ini warna ungu atau merah jambu

 satu insiden berlaku sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan

 pengadil berjaya meredakan keadaan

wajah-wajah bangga rakyat Jepun

pemain terbaik Jepun yang telah menjaringkan gol kedua buat mereka


Apa sudah jadi? Permainan tamat dengan keputusan Malaysia 0-4 Jepun. Rakyat Malaysia pasti berasa kecewa dengan apa yang telah terjadi. Walau bagaimanapun, kami takkan salahkan Khairul Fahmi membiarkan gawang gol Malaysia dibolosi kerana permainan antara kedua-dua pasukan sememannya sengit. Jauh lebih hebat andai hendak dibandingkan dengan permainan yang lepas-lepas.

Kami sebagai penyokong tegar Harimau Malaya tetap berbangga dengan mereka walaupun tumpas dengan Jepun. Hal ini jelas dengan sorakan bangga para penyokong di stadium setelah wisel permainan tamat dibunyikan. Diharapkan insiden-insiden negatif yang dipaparkan dalam permainan tersebut tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Kami sayang Harimau!!!!!!!

Wednesday, February 22, 2012

Fast Giveaway SoL & Amar


Setelah di tag oleh Wana, kemudian dijemput pula oleh Solehin, maka teman joinle juga GA ni. Tak rugi pon.... Kot kot ada rezeki, boleh dapat topap free RM5.


Tag:
Nad 

Bagi yang nak join juga, bolehlah klik banner di atas atau klik SINI je.

Wordless Wednesday #11 | Cinod

PANAS: PAUL MOSS DIUGUT BUNUH PESERTA MALAYSIAN IDOL

Menakutkan...... Kalau macam ni tak nak la jadi juri... Nanti tak pasal pasal ada orang tak puas hati dengan aku.......

Tuesday, February 21, 2012

Saya Join, Pasti Dapat Doodle


Nama Panggilan: Azlan (dunia maya) , Haziq (dunia luar)
URL Belog: http://azlanthetypewriter.blogspot.com/
Negeri Kelahiran: Perak
Warna Kesukaan: Biru

Nama blog teman ni Azlan The Type Writer. Jadi teman pilih nama Azlan untuk digunakan dalam dunia blogging ni. Kat luar ada je yang panggil Haziq. Jangan terkeliru. Ahmad Haziq Azlan adalah nama sebenar teman. Jadi teman tak kisah orang nak panggil nama apa. Teman ni orang Perak. Ada nombor 08 dalam MyKad. Teman suka sangat warna biru. Cuba tengok header dan tema blog teman ni pun warna biru. Suka sangat biru.


Tag:


Sesiapa yang nak join boleh klik gambar kat atas tu atau klik SINI.

Motif Sangat Video ni

Tajuk di atas sememangnya tidak memenuhi tatabahasa Bahasa Melayu yang betul. Harap dimaafkan.




Apa motif video ni dihasilkan? Entah la....... Berdasarkan uniform, mereka adalah pelajar UniKL. Maaf andai salah. Tak nak cakap apa-apa. Sekadar berkongsi. Peace :)

Monday, February 20, 2012

PANAS: BERTUDUNG TAPI SEKSI

Bertudung tapi seksi. Apa kata anda?



Rasa macam lewah pun ada juga video ni. Bukan main lagi dia nak zoooooooooooooooooooooom!




Saya akui, saya berkawan dengan insan-insan yang bertudung tetapi seksi. Kepala bertutup litup, tetapi berpakaian ketat. Paling kurang pun, berlengan pendek.Mereka itu bukanlah kurang mendapat pendidikan agama, sebaliknya mereka menyedari akan kelemahan mereka sendiri! Jawapan klise yang diberikan, belum mendapat hidayah. Bagi saya itu adalah karut! Bukankah dia telah bertudung? Itu bererti dia menyedari kepentingan dan kewajipan bertudung itu. Cuma hati yang nak tak nak sahaja. Mahu tak mahu? Diri sudah besar panjang, sudah boleh berkahwin, takkan masih perlu diajar?

Kepada bapa-bapa diluar sana, PAKSAlah anakmu menutup aurat. Selagi mereka belum berkahwin, ia masih dibawah tanggungjawabmu. Kepada para suami diluar sana, PAKSAlah isterimu menutup aurat. Ramai isteri masuk ke neraka kerana suami. Andai isteri masuk neraka, si suami takkan terlepas dan pasti akan disoal juga.

Wallahualam~~~

Sunday, February 19, 2012

Liberal Gurlz VS Ustaz: Penerangan Mengenai Kelebihan Bertudung



Liberal Gurlz : 
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”


Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”


Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?


Ustaz : 
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!


Liberal Gurlz : 
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”


Ustaz : 
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”


Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”


Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”


Liberal Gurlz : 
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”


Ustaz : 
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”


Liberal Gurlz : 
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”


Ustaz : 
"Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”


Liberal Gurlz : 
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”


Ustaz : 
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”


Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”


Ustaz : 
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”


Liberal Gurlz : 
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”


Ustaz : 
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”


Liberal Gurlz : 
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”


Ustaz : 
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”


Liberal Gurlz : 
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”


Ustaz : 
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”


Liberal Gurlz : 
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”


Ustaz : 
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”

TUTORIAL REKA ANIMATED GIF DAN BANNER 125x125 MENGGUNAKAN PHOTOSCAPE

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. 

Alhamdulillah, akhirnya teman berpeluang juga untuk menghasilkan tutorial ini setelah diminta sejak beberapa bulan lepas oleh beberapa rakan blogger lain seperti ijA, CUK, Ainol Akasyah, dan Saiful Hawiz di entri INI.

Mungkin ramai yang sudah tahu bagaimana nak buat banner GIF ini. Jadi bagi yang belum tahu, boleh belajar sama-sama ya. Ada yang minta tutorial untuk buat animated GIF sebenarnya. Kiranya ini adalah tutorial 2-in-1 ataupun 2 dalam 1. Hehehe

Software yang teman gunakan adalah Photoscape. Bagi yang tiada, cepat-cepatlah muat turun sahaja dari internet. Cuba Google sahaja. Rasanya teman muat turun dari SINI sahaja.

Untuk totorial ini teman cuma tunjuk yang basic@asas sahaja. Mudah nak belajar. Lagi pun tak suka sangat benda-benda kompleks semua ni. Untuk tutorial ini juga, teman menggunakan khidmat mesra Paint. Teman ambil warna merah, hijau, biru, ungu dan kuning seperti di bawah ini. 


Untuk banner seperti ruangan iklan banner di atas (bawah header), gunakan saiz 125x125. Andai gambar yang anda pilih terlalu besar, sila resize kepada saiz yang sesuai. Kemudahan untuk resize ada di mana-mana sahaja. Paint ada. Photoscape pun. Lain-lain pun ada juga.









"SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA". Cukup untuk setiap warna yang teman pilih. Tulisan tu datang dari mana? Komer boleh edit sendiri sama ada di Paint, Picasa, Photoscape mahupun software yang komer suka. Ikut suka dan kreativiti masing-masing ya. Jangan tiru bulat-bulat pula. Tutorial ini sekadar ini memberi tunjuk ajar sahaja.

Kalau semua gambar yang diperlukan sudah siap, mari kita buka Photoscape masing-masing. Klik pada "Animated GIF". 


Klik pada ADD untuk memasukkan gambar, ataupun drag sahaja dari senarai pada bahagian kiri seperti yang ada dalam contoh teman ni. Susun betul-betul gambar anda. Anda pasti tidak mahu banner yang tunggang langgang kan.... 



Photoscape ini mudah. Acapkali komer masukkan gambar, ia akan bergerak-gerak secara automatik. Tidak perlu butang PLAY, PAUSE mahupun STOP. Default setting bagi setiap gambar adalah 0.25 saat. Jika masa ini terlalu laju, double-clik pada senarai gambar di atas untuk reset masa.



Ini adalah contoh banner teman yang paling simple dan mudah. Komer boleh ubah ikut kemahuan masing-masing, hanya perlu klik pada Change Time dan Change Effect sahaja. Mudah kan. Tak perlu nak serabut kepada otak. Efek yang disediakan Photoscape adalah No effect, Slide up, Slide down, Slide to the left, Slide to the right, Convert to background colorConvert to black dan Convert to white.

Contoh teman ini menggunakan efek Convert to black dan masa 0.60 sec untuk setiap frame.



Alhamdulillah, tamat juga tutorial ini. Harap kawan-kawan boleh mula belajar buat sendiri ya. Maaf andai ada banyak kekurangan dalam entri ini. Mungkin kurang gambar untuk penjelasan yang lebih baik. Semoga kalian bereksperimen dengan baik ya. OK, berjumpa lagi kita dalam entri yang lain.

Wassalam~~~

Saturday, February 18, 2012

Bye Bye TaTa My Kampung | Hello Hallo Kolej

Kini telah berada di kolej. Tiba sekitar jam 4.40 pagi tadi. Tiket bas 10.15 malam. Tapi bas lewat sampai. Sekitar 10.30 malam baru bas bertolak. Seperti yang dijangka, teman tak dapat tidur lena walaupun duduk single seat. 


ni gambar lama

Teman sepatutnya seat 9A. Tapi bila naik, tengok ada orang duduk plak. Teman sengaja sebut "9A!" dengan harapan dia akan berambus tapi tak menjadi. Ah malas nak halau maka teman duduk je 10A di belakang sekali dengan anggapan ia milik mamat tersebut. Walawey~~~ Rupanya seat belakang tidak seindah seat hadapan. Kerusi keras nak mati. Sakit tengkuk weh. Huh lagi satu sempit, orang depan (seat 9A) condongkan kerusi plak. Teman plak tak boleh nak condong sebab betul-betul bersebelahan dengan  tempat tidur pemandu bas. 

Rasanya dekat 10 kali juga la terjaga tadi. entah-entah lebih... Atas kepala betul-betul ada speaker kecil. Sempat melayan Carta Ulat Buku Hot FM sebelum bertukar menjadi Sinar FM dan Suria FM. Selepas jam melepasi 12 tengah malam, radio ditutup tetapi suasana di dalam bas masih hingar-bingar. Bukan sebab penumpang saling bersembang, sebaliknya ada seorang penumpang yang berdengkur melampau kuat ditambah lagi dengan bunyi enjin mengaum. Teman pun paksa-paksa la juga mata ni pejam kasi tidur. 


ni pun gambar lama

OK, memang tidur tak ikhlas. Celik, dah sampai Selangor, tidur semula. Celik, dah sampai Terminal Bersepadu apa entah. Singkatannya TBS. Komer tau? Macam Puduraya pun ada juga. Cantik seperti di lapangan terbang. Ada penumpang baru naik. Gara-gara bertukar tempat, drebar datang dengan gaya seperti bonzer besar mintak tengok tiket. Sah seat 10A ni bother ni punya. Kemudian dia minta tiket mamat 9A ni pula. Bother ni diminta duduk di 9B, double seat bersebelahan 9A. Sah mamat spoiler ni sepatutnya duduk di 9b! Cis menyusahkan orang je..... Dah la bas penuh. Kalau bas kosong kami tak kisahlah kau nak duduk mana pun...... OK, tidur balik. Celik, dah sampai Nilai. Tidur semula. Celik, oh dah sampai Melaka. Tidur semula. Celik, eh dah masuk Johor. Tak boleh nak tidur balik dah. Huh!

Balik Jumaat malam ni pun sebab nak temankan Najib, kawan kolej dari Kampung Gajah balik sama. Ikutkan nak balik Sabtu malam. Ramai sikit kawan. Member punya pasal, tak kisah la balik awal. Lagipun dapat lah rehat lebih kan......


Kolej Datin Seri Endon. Kolej perempuan. Gambar lama lagi

Sampai-sampai bilik terus je on notebook. Online. Buka Facebook. Buka blog. Buka blog. Buka Youtube. Buka baju. Eh? HAHAHA. Barang apa pun tak keluar dari beg lagi. Rasa macam malas plak nak kemas masuk loker. Huh nak sambung tidur je la..... Balas dendam tak dapat tidur lena tadi. Ok Adiyos!

SPONSOR

Ad