Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label kurus. Show all posts
Showing posts with label kurus. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Senaman Abs(Abdomen) untuk Beginner

Komer nak kempiskan perut? Atau memang yang dah kurus tu teringin nak bentukkan 6 pack? Komer boleh la cuba ni. Insya-Allah berkesan.... Cuba dulu ye.....

Friday, October 7, 2011

Di mana ada kemahuan, di situ ada highway!

Tajuk di atas tak ada kaitan dengan Adnan Sempit ok. Teman cuma nak kabo, di mana ada kemaluan kemahuan, di situ ada highway jalan raya. Tak kira la dalam pelbagai bidang. Tak kira dalam pelbagai situasi. Apa-apa pun boleh jadi.




Dalam entri ni teman nak kongsi pasal kesihatan je. Dalam video ni ada la sorang yang boleh kata kurus nak membesarkan badan. Dalam tempoh 7 minggu je, dia boleh bertukar jadi muscular. Mungkin Freaky Firdaus boleh ambik semangat mamat ni supaya boleh transform dari gemuk(dia sendiri yang kata) ke muscular. Wah~~~~ Bayangkan Freaky jadi muscular.......... wow! Marvellous! Tapi kalau badan jadi muscular, maintai besar mesti dia tak merasa nak pakai baju korea yang dia nak sangat tu kan...... Komer layan je video ni........


nota kaki: teringin nak badan macam omputih ni. putih je..............

Thursday, October 6, 2011

CARA MUDAH NAK KURUSKAN BADAN! TERBUKTI BERKESAN!


Masih tertanya-tanya kenapa berat badan anda masih lagi sama walaupun sudah menggunakan produk perlangsingan untuk menguruskan badan? Memburukkan lagi apabila berat badan anda semakin naik selepas raya??? Jangan bimbang, dengan menggunakan produk kesihatan daripada AVE, saya yakin anda mampu dilihat lebih menarik didalam gambar. Mudah dah tidak perlu ambil masa yang lama untuk melangsingkan badan anda. 

Sila lihat dahulu bukti pengguna produk kami. Ingin tahu apa produk kami? Sila lihat diakhir entri ini.






























Sudah terbukti dan menarik bukan? Anda hanya perlu menggunakan Adobe Photoshope CS5 untuk nampak cantik di facebook anda! Download photoshop cs5:

MEDIAFIRE :   Download Here
TORRENT    :   Download Here


sumber

Sunday, October 2, 2011

Senaman Ringkas Di Rumah


Ketekunan, keazaman serta disiplin penting jika mahu dapatkan bentuk tubuh menarik 

SESETENGAH wanita menghadapi masalah menurunkan berat badan selepas melahirkan anak. Masalah perut buncit dan punggung yang kembang menyebabkan wanita selepas bersalin hilang keyakinan untuk kekal bergaya. 


Ketiadaan masa untuk bersenam akibat kesibukan kerja sering kali menyebabkan wanita sukar mendapatkan bentuk tubuh asal. 


Pakar Senaman Profesional dari Pusat Kecergasan Jazzercise, Christina Yap memberikan beberapa tip senaman ringkas yang boleh di buat di rumah dan tidak memerlukan masa membabitkan bahagian punggung dan perut. 


Katanya, senaman ringkas berkenaan hanya menumpukan kepada bahagian punggung dan perut tanpa memerlukan kerja keras. 


“Punggung dan perut buncit adalah otot senang untuk mengembang tetapi paling sukar untuk dikembalikan kepada bentuk asal terutama di kalangan wanita yang baru melahirkan anak. 


“Selain melakukan senaman ringkas, ketekunan dan keazaman serta disiplin perlu ada jika tidak usaha mendapatkan bentuk asal tubuh tidak akan berjaya. 


“Apa yang penting, senaman perlu dilakukan dengan betul mengikut peraturan ditetapkan. Jika peraturan dan disiplinnya tidak diikuti, hasilnya akan mengecewakan dan menyebabkan wanita terus malas bersenam,” katanya. 


Beliau berkata, ada ramai wanita yang mendapatkan tip senaman daripada pelbagai media tetapi mereka tidak mengikut peraturan dan langkah yang di buat. 


“Misalnya, untuk membuat tekan tubi (push up), kita beri arahan supaya tangan di bengkokkan dan kepala turun selari dengan tapak tangan, tetapi mereka yang bersenam membuat sebaliknya, mereka bengkokkan tangan tetapi kepala diturunkan tidak selari dengan tapak tangan menyebabkan mereka terpaksa kerja kuat untuk buat senaman itu. 


“Apabila itu terjadi, mereka menyatakan senaman berkenaan susah dan enggan meneruskannya. Ini menyebabkan ramai yang bersenam sekerat jalan dan usaha menurunkan berat badan atau mendapat bentuk punggung dan perut ke bentuk asal sukar dicapai,” katanya. 


Beliau menjelaskan mengikut arahan yang betul bukan hanya menyebabkan hasil yang diingini tercapai tetapi turut mengurangkan kecederaan ketika bersenam. 


Tip Senaman 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas Pusat Kecergasan Jazzercise, Judi Sheppard Missett menyenaraikan beberapa senaman ringkas yang sesuai untuk mereka selalu sibuk. 

Anda hanya memerlukan 10 minit tiga kali sehari untuk bersenam berbanding regim biasa senaman 30 minit. Ia boleh dilakukan di tempat kerja dan di rumah iaitu 10 minit sebelum pergi kerja, 10 minit ketika waktu rehat atau makan tengah hari dan 10 minit sebelum pulang ke rumah. Jika di rumah senaman berkenaan boleh dilakukan ketika anda menonton rancangan kegemaran di televisyen. 
 


Antara gerakan senaman itu ialah: 

1. Turun naik tangga - elak guna lif di tempat kerja. 

2. Lebihkan berjalan - Letakkan kereta jauh dari tempat beli-belah supaya dapat bersenam menggunakan kaki. 

3. Gunakan alat senaman pemberat dumbbell - simpan sepasang di pejabat atau laci di dapur. Sementara menunggu faks atau kertas dicetak atau jika di rumah ketika anda menunggu sup masak, anda boleh lakukan senaman ringkas menggunakan dumbbell. Senaman ringkas ini sesuai untuk menguatkan otot tangan dan membuang lemak di lengan.



sumber

Sunday, September 25, 2011

Cara Paling Malas dan Murah Untuk Kekal Kurus dan Sihat



1. Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten.
2. Tidur Awal
Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama. Tidur tidak tentu lambat laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.
3. Makanan Kesihatan
Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan kesihatan. Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.
4. Berfikir Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan
Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.
5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran. Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran. Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas sedangkan dengan amalan pemakanan yang sihat sekaligus semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.
6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten, menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.
7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.
8. Jangan Berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan. Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.
9. Elakkan Tekanan
Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit. Elakkan sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan. Jangan cucuk racun dalam diri kita, walaupun secara tidak terus.
10. Selalu Basuh Tangan
Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan. Kecuali akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan membina sistem imun yang lebih baik. Namun bagi seseorang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.
11. Jaga Tindakan 
Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas. Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.
12. Pemeriksaan Doktor Berjadual
Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman. Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV bukan pembunuh, jika dikesan awal.

Saturday, July 2, 2011

Tips: Nampak Kurus Walaupun Gemuk

sebelum
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
selepas
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
bagimana caranya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
anda cuma perlu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TARIK NAFAS DAN TAHAN SELAMA BOLEH!



nota kaki: asyik makan je....tak reti nak exercise....dah gemuk....ada hati nak nampak kurus pula....

SPONSOR

Ad