Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label dumbbell. Show all posts
Showing posts with label dumbbell. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Senaman: Buat sendiri di rumah




*Senaman untuk kesihatan bukan berita baru. Malah senaman adalah elemen paling penting untuk menentukan kejayaan penurunan badan jangka panjang dan juga mengekalkan berat badan sedia ada. Kita biasa dengar senaman minimum 30 minit per sesi baik untuk kesihatan.
Penyelidikan terbaru menunjukkan senaman 10 minit sebanyak tiga kali sehari sama kesannya dengan bersenam selama 30 minit.
* Luangkan masa untuk membuat catatan apa dan berapa banyak yang telah anda makan. Catat juga paras rasa lapar sebelum anda mengambil makanan atau sebarang emosi yang ada pada masa itu. Diari pemakanan boleh menimbulkan kesedaran dan juga membantu mengenal pasti emosi serta tingkah laku yang mendorong pengambilan makanan secara berlebihan.
* Ramai yang berjaya mengurangkan berat badan untuk jangka panjang apabila mereka mengubah motivasi daripada mahu menjadi kurus kepada menjadi sihat. Fikirkan tentang makanan tertentu yang membantu menyihatkan badan daripada memikirkan makanan yang memberi kesan kepada berat badan anda. Piramid makanan menunjukkan jenis makanan dan jumlah pengambilan yang sepatutnya untuk memberi badan anda nutrisi yang diperlukan untuk kesihatan optimum.
* Selalunya terlebih makan dikaitkan dengan stres, rasa bosan, kesunyian, marah dan tertekan. Belajar menguruskan emosi tanpa makanan adalah skil penting untuk mengawal berat badan.
* Cuba kenal pasti apa yang mendorong anda untuk makan dan atasi masalah tersebut. Kajian menunjukkan bersenam tanpa disertai dengan pengurusan emosi (yang mengakibatkan terlebih makan) tidak menghasilkan kesan yang diharapkan untuk penurunan berat badan.
* Menjadi trend di kebanyakan restoran menyediakan hidangan super-size. Berhati-hati dengan jumlah makanan yang diambil. Jika perlu, bahagikan makanan tersebut dan minta bekas atau beg untuk membungkus makanan tersebut. Belajar untuk memberi perhatian kepada paras lapar dan berhenti makan apabila rasa kenyang dan bukannya sehingga perut rasa senak dek makanan.
* Perlu ingat penurunan berat badan secara drastik boleh mengakibatkan berat badan kembali kepada angka asal. Ini kerana penurunan berat badan yang cepat disebabkan oleh kehilangan air. Kehilangan lemak boleh dicapai dengan menurunkan berat badan secara perlahan.
* Makan perlahan-lahan merupakan salah satu cara untuk menurunkan berat badan. Ini kerana otak mengambil masa 20 minit untuk mula memberi isyarat kenyang. Mereka yang makan pantas sering menghabiskan makanan sebelum isyarat tersebut mengambil tempat.
sumber : Utusan Malaysia – kesihatan

Sunday, October 2, 2011

Senaman Ringkas Di Rumah


Ketekunan, keazaman serta disiplin penting jika mahu dapatkan bentuk tubuh menarik 

SESETENGAH wanita menghadapi masalah menurunkan berat badan selepas melahirkan anak. Masalah perut buncit dan punggung yang kembang menyebabkan wanita selepas bersalin hilang keyakinan untuk kekal bergaya. 


Ketiadaan masa untuk bersenam akibat kesibukan kerja sering kali menyebabkan wanita sukar mendapatkan bentuk tubuh asal. 


Pakar Senaman Profesional dari Pusat Kecergasan Jazzercise, Christina Yap memberikan beberapa tip senaman ringkas yang boleh di buat di rumah dan tidak memerlukan masa membabitkan bahagian punggung dan perut. 


Katanya, senaman ringkas berkenaan hanya menumpukan kepada bahagian punggung dan perut tanpa memerlukan kerja keras. 


“Punggung dan perut buncit adalah otot senang untuk mengembang tetapi paling sukar untuk dikembalikan kepada bentuk asal terutama di kalangan wanita yang baru melahirkan anak. 


“Selain melakukan senaman ringkas, ketekunan dan keazaman serta disiplin perlu ada jika tidak usaha mendapatkan bentuk asal tubuh tidak akan berjaya. 


“Apa yang penting, senaman perlu dilakukan dengan betul mengikut peraturan ditetapkan. Jika peraturan dan disiplinnya tidak diikuti, hasilnya akan mengecewakan dan menyebabkan wanita terus malas bersenam,” katanya. 


Beliau berkata, ada ramai wanita yang mendapatkan tip senaman daripada pelbagai media tetapi mereka tidak mengikut peraturan dan langkah yang di buat. 


“Misalnya, untuk membuat tekan tubi (push up), kita beri arahan supaya tangan di bengkokkan dan kepala turun selari dengan tapak tangan, tetapi mereka yang bersenam membuat sebaliknya, mereka bengkokkan tangan tetapi kepala diturunkan tidak selari dengan tapak tangan menyebabkan mereka terpaksa kerja kuat untuk buat senaman itu. 


“Apabila itu terjadi, mereka menyatakan senaman berkenaan susah dan enggan meneruskannya. Ini menyebabkan ramai yang bersenam sekerat jalan dan usaha menurunkan berat badan atau mendapat bentuk punggung dan perut ke bentuk asal sukar dicapai,” katanya. 


Beliau menjelaskan mengikut arahan yang betul bukan hanya menyebabkan hasil yang diingini tercapai tetapi turut mengurangkan kecederaan ketika bersenam. 


Tip Senaman 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas Pusat Kecergasan Jazzercise, Judi Sheppard Missett menyenaraikan beberapa senaman ringkas yang sesuai untuk mereka selalu sibuk. 

Anda hanya memerlukan 10 minit tiga kali sehari untuk bersenam berbanding regim biasa senaman 30 minit. Ia boleh dilakukan di tempat kerja dan di rumah iaitu 10 minit sebelum pergi kerja, 10 minit ketika waktu rehat atau makan tengah hari dan 10 minit sebelum pulang ke rumah. Jika di rumah senaman berkenaan boleh dilakukan ketika anda menonton rancangan kegemaran di televisyen. 
 


Antara gerakan senaman itu ialah: 

1. Turun naik tangga - elak guna lif di tempat kerja. 

2. Lebihkan berjalan - Letakkan kereta jauh dari tempat beli-belah supaya dapat bersenam menggunakan kaki. 

3. Gunakan alat senaman pemberat dumbbell - simpan sepasang di pejabat atau laci di dapur. Sementara menunggu faks atau kertas dicetak atau jika di rumah ketika anda menunggu sup masak, anda boleh lakukan senaman ringkas menggunakan dumbbell. Senaman ringkas ini sesuai untuk menguatkan otot tangan dan membuang lemak di lengan.



sumber

Monday, July 4, 2011

Latihan Otot Dada

Kita semua tahu bahawa latihan dada yang paling popular adalah Bench Press. Namun sedarkah anda bahawa Bench Press bukanlah latihan yang paling baik untuk membentuk DADA? anda. Dan sadarkah anda bahawa latihan Bench Press dengan sikap tubuh salah sama sekali tidak membentuk Dada anda?


Misalkan anda berlatih FLAT BENCH PRESS dengan Barbell, Otot yang terlibat adalah Front deltoid, Rear deltoid, Triceps dan Pectoral. Triceps dan deltoid mendapat tekanan yang besar saat anda melakukan BENCH PRESS, dan kebanyakan orang melakukannya dengan SALAH,


Pertama: anda tidak menurunkan beban sampai menyentuh Dada, dengan demikian otot Dada KURANG terlibat dalam latihan anda. Ingat FULL RANGE OF MOTION harus anda lakukan untuk setiap latihan kecuali latihan Perut. Kedua: anda memantul-mantulkan beban ke dada dan menggunakan gerakan tubuh tidak karuan dengan harapan momentum akan membuat anda mampu mengangkat beban lebih berat.


Dengan tidak menurunkan beban sampai Ke Dada anda, sedikit diatas puting / nipple triceps dan delt saja yg melakukan kerja, otot DADA anda TIDAK, sengan demikian anda berlatih Triceps dan deltoid, bukan DADA, ini yang ktia sebut tricep and Delt Presser. Sikap yang benar adalah, Pegang Bar Dengan jarak tangan lebih lebar dari kedudukan bahu / pundak anda lalu Angkat dengan mantap dari RAK, Jika tangan anda bergetar saat mengangkat beban dari Rak, kurangkan bebannya. Posisi Kaki harus mantap menapak tanah, Punggung Rata dengan Bench sedikit dikencangkan, Busungkan Dada anda saat anda menurunkan beban sampai menyentuh Dada sedikit diatas puting, dengan membusungkan dada bahu anda akan sedikit tertarik ke belakang, lalu dorong LURUS keatas dengan Cepat dan Bertenaga, ini akan mengenai Otot-otot BAHU-triceps-DADA, bayangkan saat mendorong keatas anda ingin menekan dada ke arah dalam bersamaan kanan dan kiri, kontraksikan otot dada dengan kuat, jadi kalau digambarkan Greakan Bench Press Mirip seperti lingkaran Saat turun ia melengkung kearah dalam di belakang tubuh ( anda membusungkan dada), dan saat naik melengkung ke dalam di atas tubuh (anda mengkontraksikan otot dan memvisualisasikan menenkan Dada kanan dan kiri satu sama lain ke dalam). Saat melakukan gerakan konsentrasikan dan rasakan otot anda bekerja (Mind and Muscle connection) jangan melamun. Agar anda lebih memahami gerakan Bench press dengan Barbell, cubalah dulu dengan dumbell, apabila anda menurunkan dumbell, turunkan sampai menyentuh sisi Luar Dada anda dan busungkan dada tarik bahu ke belakang, saat mendorong doronglah ke arah atas - dalam secara bersamaan dan rasakan otot DADA anda bekerja / kontraksikan otot dada anda dan pada akhir gerakan temukan dumbell diatas atau diadu satu sama lain, rasakan gerakan melingkar ini dan lakukan juga dengan Barbell, walau anda tidak mungkin boleh Mengadukan Barbell, tapi dengan memvisualisasikan, mengkontraksikan dan merasakan otot anda seperti apabila menggunakan dumbell akan memberi hasil yg maksimum.


Lalu kenapa Bench Press tidak dapat membentuk Dada dengan baik, sebabnya sudah jelas kerana ia tidak melibatkan Otot dada secara maksimal, Sebelum mengenai Otot dada, Triceps dan deltoid anda harus bekerja dulu, jadi anda tidak boleh mengISOLATE otot dada, untuk itu anda HARUS melakukan gerakan FLYES, dengan dumbell atau mesin BUTTERFLY / PEC DECK Machine. Pilih beban yg sedang sehingga anda dapat melakukan repetisi sampai dengan 12, konsentrasikan juga fikiran anda pada otot dada yang bekerja. Flyes akan membentuk Dada anda menjadi BIDANG dan indah, sementara PRESS akan menebalkan dada anda.


Gerakan Incline Bench Press lebih dapat membentuk Dada anda kerana ia memindahkan titik berat ke Dada atas anda terlebih dahulu sebelum mengenai tricep dan deltoid, dan gerakan ini dapat membuat dada atas anda membesar dan membuat tubuh lebih simetris, tentunya dengan catatan lemak anda di perut sedikit dan pinggang anda singset.

Cubalah rutin ini, singkat tapi berkesan:


Incline Dumbell Flyes: 3 set: 10 - 12 repetisi (pre-exhausting otot dada anda)Incline Barbell Press: 3 set: 6 - 8 repetisi FailureFlat Dumbell Press: 3 set: 6 - 8 repetisi FailureButterfly Machine: 3 set: 10 - 12 repetisiCable crossover: 3 set: 10 - 12 repetisi (optional)

Selamat Berlatih!

SPONSOR

Ad