20hb Februari dah mula kuliah. Maka secara matematiknya cuti teman masih berbaki 7 hari lah kan. Sekarang berada di rumah kakak. Sekejap lagi nak kena naik bas, balik kampung jumpa mak bapak plak. Aiseh, macam la tak Jumaat lepas tak jumpa. Padahal kat rumah kakak ni 2, 3 hari je....
Akan kuisi hari-hari terakhir ini dengan penuh produktif. Eh nak buat apa? Hurm..... Melukis je kot..... Yeah I love doodling. Hobi baru. Selama ni guna Paint je. Lepas ni nak try buat vector plak la guna Excel. Malam tadi pun baru install GIMP. Nak berexperiment. HEHEHE.
Wajah dalam gambar ni gembira semacam je. Jangan tertipu. Ini gambar lama. 2011 dulu. Sekarang makin gelap. Berjemur tak sudah. I miss u la my skin.... Adoyai~~~ Paling lewat pun Sabtu malam kena gerak balik ke Johor. Sampai Johor sekitar 4.30 pagi. Gila awal. Ofis pun tak buka lagi nak ambik kinci bilik.
Akhir kata, semoga kalian bergembira di samping keluarga. Jumpa lagi minggu depan. Ceh pernah jumpa ke?
12 people drop their comments!:
bagus la...ada benda nak dibuat kan...aq da lama download GIMP..tapi boleh dikira dgn jari berapa kali je aq sentuh GIMP tu...haha~
#geram bila tgk vektor2 yg smart ni...macam mana la dorang buat ye...huhu~
salam anak akak dah start sem 2 dah..ari ni kuliah pertama hehe...
huhu kanak2 riang btl :D
pergh pelukis doodle? nice :)
best la dapat cuti sem.. teringat zaman kolej dulu, ble cuti cr kj part time :)
Wah, bestnya doodle. Mehlah buatkan saya satu! Hahaha. Eh, GIMP? Wuuuu.. Rajinnya~
time ni jela nak senang-lenang nya.. nanti dah masuk kuliah nanti, ari2 duk hitung hari nak abis sem. haha.
ezad: alamak tak reti guna plak...
huhu
Cik Kamsiah: um barangkali? takpun ump? unimap?
Saiazuan: dewasa riang la....huhu
Top: untung la dah abes belajar.... ke tengan praktikal?
zahirah: nak ke? akan diusahakan
hehehe
safiyyah: setuju sama kamoooo
Post a Comment