Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Saturday, February 18, 2012

Bye Bye TaTa My Kampung | Hello Hallo Kolej

Kini telah berada di kolej. Tiba sekitar jam 4.40 pagi tadi. Tiket bas 10.15 malam. Tapi bas lewat sampai. Sekitar 10.30 malam baru bas bertolak. Seperti yang dijangka, teman tak dapat tidur lena walaupun duduk single seat. 


ni gambar lama

Teman sepatutnya seat 9A. Tapi bila naik, tengok ada orang duduk plak. Teman sengaja sebut "9A!" dengan harapan dia akan berambus tapi tak menjadi. Ah malas nak halau maka teman duduk je 10A di belakang sekali dengan anggapan ia milik mamat tersebut. Walawey~~~ Rupanya seat belakang tidak seindah seat hadapan. Kerusi keras nak mati. Sakit tengkuk weh. Huh lagi satu sempit, orang depan (seat 9A) condongkan kerusi plak. Teman plak tak boleh nak condong sebab betul-betul bersebelahan dengan  tempat tidur pemandu bas. 

Rasanya dekat 10 kali juga la terjaga tadi. entah-entah lebih... Atas kepala betul-betul ada speaker kecil. Sempat melayan Carta Ulat Buku Hot FM sebelum bertukar menjadi Sinar FM dan Suria FM. Selepas jam melepasi 12 tengah malam, radio ditutup tetapi suasana di dalam bas masih hingar-bingar. Bukan sebab penumpang saling bersembang, sebaliknya ada seorang penumpang yang berdengkur melampau kuat ditambah lagi dengan bunyi enjin mengaum. Teman pun paksa-paksa la juga mata ni pejam kasi tidur. 


ni pun gambar lama

OK, memang tidur tak ikhlas. Celik, dah sampai Selangor, tidur semula. Celik, dah sampai Terminal Bersepadu apa entah. Singkatannya TBS. Komer tau? Macam Puduraya pun ada juga. Cantik seperti di lapangan terbang. Ada penumpang baru naik. Gara-gara bertukar tempat, drebar datang dengan gaya seperti bonzer besar mintak tengok tiket. Sah seat 10A ni bother ni punya. Kemudian dia minta tiket mamat 9A ni pula. Bother ni diminta duduk di 9B, double seat bersebelahan 9A. Sah mamat spoiler ni sepatutnya duduk di 9b! Cis menyusahkan orang je..... Dah la bas penuh. Kalau bas kosong kami tak kisahlah kau nak duduk mana pun...... OK, tidur balik. Celik, dah sampai Nilai. Tidur semula. Celik, oh dah sampai Melaka. Tidur semula. Celik, eh dah masuk Johor. Tak boleh nak tidur balik dah. Huh!

Balik Jumaat malam ni pun sebab nak temankan Najib, kawan kolej dari Kampung Gajah balik sama. Ikutkan nak balik Sabtu malam. Ramai sikit kawan. Member punya pasal, tak kisah la balik awal. Lagipun dapat lah rehat lebih kan......


Kolej Datin Seri Endon. Kolej perempuan. Gambar lama lagi

Sampai-sampai bilik terus je on notebook. Online. Buka Facebook. Buka blog. Buka blog. Buka Youtube. Buka baju. Eh? HAHAHA. Barang apa pun tak keluar dari beg lagi. Rasa macam malas plak nak kemas masuk loker. Huh nak sambung tidur je la..... Balas dendam tak dapat tidur lena tadi. Ok Adiyos!

12 people drop their comments!:

hawiz said...

hehe....selamat kembali ke u!!

Nurul Iman Rosman said...

Selalu dengar citer kawan2 yang naik bas, lepas tu seat dorang dah ade orang duduk.

Ape lah, kan dah beli tiket. Pandai2 lah duduk kat seat yg dah diberi.

btw, Selamat Kembali. Musim Study muncul lagi. hihi ;)

Datocath affandi said...

Untungla da samapi utm. org baru je nak balik umah.. ta puas lagi kot.. dah kena balik utm..

Ezad Skytech said...

aq paling bengang bila mereka ni sedap2 je nak duduk mana dorang suka..ikut la no seat kat tiket tu...takde la menyusahkan orang...

letih kot naik bas lama2 ni..huhu~

Unknown said...

@Hawiz: terima kasih

Unknown said...

@Iman: mereka tak sedar tindakan mereka akan menyusahkan orang

Unknown said...

@Datocath: anda bila pula mahu kembali

Unknown said...

@Ezad: nasib baik bas aku cool je laju

Pha Is said...

biasa la tuh.. pengalaman bila naik bas.. macam2 ada... hee

Unknown said...

jarang2 naik bas

Jue said...

worr aku phm pe ko rasa beb sbb aku pnha kna time nak p Melaka. hangin gak satu badan tp disbabkan aku "ayu" haha maka aku sound baik2 hihi

Unknown said...

tau takpe...

SPONSOR

Ad