Bertudung tapi seksi. Apa kata anda?
Rasa macam lewah pun ada juga video ni. Bukan main lagi dia nak zoooooooooooooooooooooom!
Saya akui, saya berkawan dengan insan-insan yang bertudung tetapi seksi. Kepala bertutup litup, tetapi berpakaian ketat. Paling kurang pun, berlengan pendek.Mereka itu bukanlah kurang mendapat pendidikan agama, sebaliknya mereka menyedari akan kelemahan mereka sendiri! Jawapan klise yang diberikan, belum mendapat hidayah. Bagi saya itu adalah karut! Bukankah dia telah bertudung? Itu bererti dia menyedari kepentingan dan kewajipan bertudung itu. Cuma hati yang nak tak nak sahaja. Mahu tak mahu? Diri sudah besar panjang, sudah boleh berkahwin, takkan masih perlu diajar?
Kepada bapa-bapa diluar sana, PAKSAlah anakmu menutup aurat. Selagi mereka belum berkahwin, ia masih dibawah tanggungjawabmu. Kepada para suami diluar sana, PAKSAlah isterimu menutup aurat. Ramai isteri masuk ke neraka kerana suami. Andai isteri masuk neraka, si suami takkan terlepas dan pasti akan disoal juga.
Wallahualam~~~
8 people drop their comments!:
isk...dorg tu..dah dibagi alert macam2..tetap taknak berubah..bahagia berpakaian begitu di dunia..di akhirat tidak..
bertudung x semestinya menutup aurat.. menutup aurat semestinya bertudung.. tutup aurat, bukannya balut aurat..
kena la sedar sendiri...
terletak pd ht individu tu sendiri.. nak kutuk orag lain lebih pun tak boleh jugak, sebab kita kena fikir diri kita, mak kita, akak adik kita, mkck2 spupu kita.. tetapkan ht mncri rdho ilahi,insyaallah..
Buat apa pun kena ikhlas..
@Jomtonton
betul tu
depends pada kesedaran masing masing.
@Hanie Dew setuju
Post a Comment