Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Thursday, November 3, 2011

Jadah Apa Ini? Kempen Merdeka Hubungan Sejenis?


Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. Waktu awak jalan-jalan tadi. awak terbaca la mengenai Seksualiti Merdeka. Huh? Apakah ini? What the fish is this?


Astaghfirullah....... Nampaknya Malaysia makin berani untuk meniru segala modus yang berlaku di negara Barat contohnya seperti Amerika Syarikat. Bagaimana boleh muncul pasukan penyokong hubungan sejenis di Malaysia? Gay, Lesbian hindari semuanya! Ya memang di Malaysia ini ada kebebasan bersuara, kebebasan beragama, dan segala jenis bebas lagi sehingga ramai yang terbabas mati masuk gaung di lebuh raya.


Teman percaya. bukan agama Islam sahaja yang melarang hungan songsang ini. Agama-agama lain juga pasti menolak dan membangkang hubungan sesama jantina. Andai seseorang itu tidak beragama sekalipun, andai berbalik kepada hukum sains, hubungan sejenis tetap tidak normal kerana ia bertentangan dengan fiitrah alam!


Lelaki dijadikan untuk perempuan. Perempuan pula dijadikan untuk lelaki. Hasil hubungan yang positif ini pasti melahirkan generasi ilmiah, tambahan lagi dengan ikatan perkahwinan yang harmoni sepanjang hayat. Bayangkan lelaki dengan lelaki, gay sesama gay, perempuan sesama perempuan, lesbian sesama lesbian, homoseksual dengan si nafsu songsang. 


Silibus sains PMR Tingkatan 3 sendiri telah mengajar pelajar sekolah bagaimana bentuk hubungan seksual yang sebenar antara lelaki dan perempuan yang di mana mampu menghasilkan zuriat. Hubungan sejenis juga pastinya tidak akan mendapatkan zuriat. Mustahil! Andai mereka mampu mendapatkan zuriat hasil hubungan sejenis, memang ajaib la awak kabo.


Semoga komer tidak menyokong cinta hubungan sejenis lalu menyokong cinta kepada Allah Maha Besar. Andai komer tak faham apa yang teman sembang di atas, komer boleh klik SEKSUALITI MERDEKA.


Wassalam~~~

0 people drop their comments!:

SPONSOR

Ad