Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Dalam entri ini teman nak kongsikan projek yang buat teman sibuk 2 minggu. Teman, Huzaifah dan Salleh telah mewakili Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia(FPPSM). Kami harus mereka sebuah basikal inovasi bagi pertandingan Race For Bosses sempena UTMost Imagination 2012.
Perbincangan di bilik dekan. Foto ini dirakam sendiri oleh dekan kami. Setelah capai kata sepakat, kami bertiga telah ke Taman U untuk mencari barangan untuk basikal kami pada waktu petang selepas tamat kelas.
Inilah Intan. Classmate kami. Kami ajak dia sekali supaya dia boleh berlatih menggunakan kamera baru Canon dia. Cool kan foto ni. Teman sendiri yang snap guna compact camera je.
Teman pun nak berlagak macam photographer profesional juga. Hehehehe. Tapi guna kamera murah je la.....
Huzaifah dah macam samseng jalanan pun ada juga. Macam tukang tarik kereta sambil buat muka tak puas hati. Bengis gitu.
Tujuan gambar-gambar ini adalah untuk dokumentasi. Setiap perjalanan kami harus direkodkan.
Kami telah ke sebuah kedai basikal untuk mendapatkan aksesori yang boleh diletakkan pada basikal kami.
Tak tau apa yang dia capture di situ
Kucing ni tak tau muncul dari mana.
Kau snap aku, aku snap kau plak ok
Mereka sekadar membelek-belek basikal yang ada. Bukan boleh beli basikal baru pun.
Before
After
ada kaitan ke? Hahahaha eksprimen guna kamera
jalan jalan ke kedai lain, ternampak pula kedai ni. OK kelakar kan.
Hohohohohoho~~~
Kami ke kedai lain untuk mencari cat dan alatan lain pula. Banyakkan pilihan warna yang ada. Mahal wo. Satu tin RM10.
Kebetulan depan kedai tu ada warung tepi jalan. Ala-ala zaman retro je.
Ini namanya gam gajah. Budak-budak zaman sekarang bukan kenal pun gam gajah.
Huzaifah memang cekap memandu kereta manual. Pergi mana-mana pun dia yang pandu. Kereta sewa je yang kami mampu.
Jalan-jalan cari barang lagi. Ni yang tak best bila jadi photographer, gambar sendiri tak ada
adoyai~~~ Modeling di kedai mayat cina.
Komer tau ke kedai mayat cina. Kedai ni jual barang² untuk si mati
Nampaknya entri kali ini penuh dengan gambar sahaja. Apa boleh buat. Ini sahaja yang teman mampu untuk buat entri baru. Selesai mencari barang untuk basikal, kami gerak untuk makan malam pula. Pastinya kami singgah surau untuk solat dulu ya. BERSAMBUNG

