Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label berjaya. Show all posts
Showing posts with label berjaya. Show all posts

Friday, July 15, 2011

Penantian Tamat : UTM Dalam Genggamanku

12.10 tengahari tadi, klik-klik laman semakan UPU. Masuk nombor IC, masuk nombor matrik. Huh? Hah? What the fish? Terkedu. Terdiam. Entri INI ternyata penuh dengan komen membina. Apakah perasaanku? Hampa yang teramat sangat! Seriously, termenung aku 3 jam. Sesiapa pun aku tak bagitahu. Harapan menggunung hancur macam itu je. Nak lain, dapat lain. Apa boleh buat.... Dah rezeki...... Jangan dipersoal.....


Ini adalah permohonan UPU yang asal. Target nak dapat salah satu daripada 3 yang pertama. Malangnya tak dapat..... Sekali dapat......


Pilihan ke-8!!!!!!!!!!!!! Pilihan terakhir!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Jauh lari dari target.... Kecewa.... Terkelu lidah.... 3 jam termenung wo...... Ye la..... Tak sangka nak dapat...... Dah la jauh di selatan.... Rumah di Perak, sekolah di Pulau Pinang, matrik di Perlis, universiti di Johor? Tawaf 1 Malaysia dah ni.... 

Lepas jam 3 petang tadi baru aku tenang dan menerima kenyataan. Bila share dengan Azri, dia puji sebab dapat UNIVERSITI PENYELIDIKAN. Aku tak nampak pun apa kaitannya dengan kursus yang aku dapat. Entah apa yang aku nak selidik pun aku tak tahu. Bila share dengan kawan-kawan yang lain pun mereka puji. Siapa tak puji, UTM kan antara universiti yang top di Malaysia.

Aku ambil pujian semua orang sebagai pengubat hati. At least aku boleh poyo kat Haneff kawan baik aku ni. 19 tahun dia hidup dalam Perak tak keluar-keluar. Yes Yes Yes! Hahahahahahaha...... Aku dah penat lah round 1 Malaysia ni. Dari utara ke selatan aku menjelajah. Haneff kata abangnya ada belajar di UTM sekarang. Entah tak kenal tak pernah jumpa lagi. Kakak & adik dia pernah la jumpa.

OK, hati sudah tenang..... Alhamdulillah..... Inilah rezeki yang Allah bagi..... Beruntung tak dapat kursus lelong(dapat yang kita tak minta) mahupun gagal ditawarkan apa-apa. Bagi yang berjaya, kita sama-sama bekongsi kegembiraan ya.... Bagi yang gagal, jangan lupa buat rayuan dan berdoa kepada Allah agar dikurniakan peluang untuk melangkah ke alam universiti. Jika masih tiada rezeki di IPTA, mingkin anda patut ke IPTS atau tunggu sahaja intake yang seterusnya. Ok bye!

Nota kaki: Lega~~~~

SPONSOR

Ad