Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Friday, April 20, 2012

Kamera Aku Tak Dicuri Orang Rupanya.........

Seperti yang teman katakan dalam entri INI, kamera Samsung ES75 teman telah hilang tanpa berjaya dikesan. Ye la, kamera bukan macam handphone, boleh calling² kan..... Teman cuba pelbagai alternatif untuk menjejaki semula kamera teman tu. 

Hari Rabu tu juga teman contact Luqaz yang merupakan pelajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Nasib baik ada kawan kat fakulti lain. Inilah pentingnya kita kenal ramai orang. Kalau ada masalah, boleh minta tolong. Teman minta dia tolong tengok di bilik kuliah yang teman kali terakhir guna kamera tu, kot² teman betul-betul tercicir di situ.

Alhamdulillah, sambil SMS dalam kelas tu, Luqaz beritahu yang dia dah jumpa kamera teman. Happy sangat!!!!!!!!!!!!!!!!! Kenapa teman boleh careless sangat, sampai tercicir tertinggal di bilik kuliah. Fakulti orang lain plak tu. Bukannya fakulti sendiri.

Teman belek² kembali kamera tu. View photo. Eh eh siapa ni? Tak kenal pun?





4 gambar ini telah dirakam pada 18 April yakni hari Rabu pada jam 10.51 pagi. Misteri betul. Siapa entah mereka ni. Salleh kata mereka ni pelajar kejuruteraan elektrik. Entah la. Teman bukan kenal pun student fakulti lain. Kolej pun lain-lain. 

Nampaknya masih ada simpati dan sifat peri kemanusiaan di hati mereka, kerana tidak mengambil kamera teman. Kamera teman ditinggalkan di atas kerusi tempat di mana teman tercicir. Alhamdulillah, Allah melindungi harta benda teman.

Bagaimana nak elak kejadian seperti ini dari berlaku? Ok, mestilah jaga barang elok² kan..... Hehehehe..... Andai hilang barang lagi, buku, beg, handphone, kamera dan sebagainya letaklah nama dan nombor telefon kita pada barang tersebut. Andai ada orang jumpa, bolehlah orang tu call kata jumpa barang kita. Mudah bukan?


notakaki: tak serik-serik hilang barang

11 people drop their comments!:

Datocath affandi said...

alhamdulilah da jumpe.. esyh2.. hilang camera mcm hilang bini je.. jaga elok2 len kali.. hehhe

CINTA UNTUK KITA said...

klau orang tu nk kol kita la.. klau tak? hurm.. melepas..

Unknown said...

@Datocath affandi
kamera mahal wo

Unknown said...

@CINTA UNTUK KITA
memang naya la......

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

tu la ko.. care less sangt.. org bnyk ptptn kata kn.. hahaha

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

tu la ko.. care less sangt.. org bnyk ptptn kata kn.. hahaha

Unknown said...

@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
NI BELI PAKAI DUIT SENDIRI wo........beli waktu cuti sem dulu

Unknown said...

owh.jupe dah..syukur..

Unknown said...

@keli menari
alhamdulillah

Ezad Skytech said...

Alhamdulillah..da jumpa balik..nasib baik tak hilang kan...kena lebih hati2 lepas ni..

Unknown said...

@Ezad Skytech
syukur alhamdulillah

SPONSOR

Ad