Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Wednesday, January 18, 2012

PANAS: IMEJ GADIS MENAKUTKAN DI MENARA CONDONG TELUK INTAN



Imej ini dirakam oleh seorang peniaga di Menara Condong Teluk Intan (Daerah Hilir Perak) melalui telefon bimbitnya. Walaubagaimanapun imej ini cuma disedari setelah dia melihatnya kembali pada paparan telefon bimbitnya. 


Imej ini dirakamkan secara tidak sengaja sewaktu sedang mengemas gerainya selepas tamat waktu perniagaan di ekspo sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi. 




Wajah gadis berpakaian serba putih ini telah mula tersebar melalui telefon bimbit. Barangkali melalui MMS mahupun bluetooth sahaja. Imej kabur ini memaparkan seorang gadis yang berpakaian serba putih sedang merenung ke satu arah. 




Susah untuk dipercayai? Barangkali ini adalah imej hantu cina yang sedang kesedihan tidak dapat menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya, lalu keluar enjoy, uptown ke Teluk Intan. Sudah lama teman tidak ke Teluk Intan. Kali terakhir adalah sewaktu cuti Hari Raya Aidiladha yang lalu.


Walau apa pun kisah disebalik imej ini, semoga umat Islam tetap untuh dan mantap iman serta akidah masing-masing. Barangkali ini cuma gangguan kecil daripada syaitan yang telah bersumpah akan menyesatkan anak cucu Adam. Semoga kita dijauhkan daripada sebarang perkara yang jahil.

6 people drop their comments!:

blog-tips-kurus said...

eeeewwwwwww!!!
saje beliau nak inteprem jugek tu!

Unknown said...

ahahha...sbnrnya ni gmbar tipu...ada software android leh wat cenggini..

RHI said...

biar betul ni, tapi mungkin jugakkan,,,dia tak dapat nak beraya ,tu yang sedihnya...hahhaa

Unknown said...

interframe keayuan

Unknown said...

betul ada teknologi macam ni?

Unknown said...

hantu cina nak makan limau
hahahaha

SPONSOR

Ad