Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

Sahur Gaya Orang Bujang

Hari ni nak puasa 6. Ada lagi 4 hari. Tu la dah hujung Syawal baru nak puasa. Entah sempat habis ke tak pun tak tau. Al maklumlah, orang bujang harus berbelanja dengan penuh kesederhanaan. Lebih-lebih lagi pelajar macam teman ni. Duit PTPTN pun cukup cukup makan je. Makan tengahari, makan malam ala kadar je. Kadang-kadang je nak merasa makan mewah. Bayangkan kami nak sahur macam mana? Bukannya ada dapur dalam bilik nak masak. Makan je apa apauntuk buat alas perut. Puasa 2 hari lepas pun teman tak sahur. Bangun-bangun je dah subuh. Hari ni je gigih bangun awal konon nak bersenam sikit sebelum sahur.



Roti je. bajet orang bujang. Bilik pun tak ada heater ke, cerek ke.... Maka tak ada la air panas. Sedih je kan.......


Sapu je jem coklat. Makan kering. Boleh tercekik wo. Tak ada air panas, kopi panas, milo panas nak buat cicah. Bancuh sikit susu skim, capur satu sudu whey perisa coklat, minum. Nak pastikan badan cukup tenaga sepanjang hari dari pagi hingga ke petang.


Sebagai penutup sebelum subuh, teguk je air mineral buat cuci tekak. Melekit lekit je tekak ni kalau tak minum air kosong. Tambahan pula air kosong kan berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

Puasa hari ketiga. Aigo~~~ Ada lagi 3 hari.... Nak puasa sampai hari Sabtu. Hari Ahad dah habis Syawal kan? Teman pun tak tau sebenarnya, tak ada kalendar dalam bilik. Ada lagi stok kacang panggang tin dalam almari tu. Nak buat sahur esok je la kot. Hohohoho~~~

Selamat berpuasa dan selamat hari raya! Lepas solat subuh nak sambung tidur. Tak cukup tidur nih. Kelas pun jam 11. Lama lagi.

Thursday, August 16, 2012

Ucapan Selamat Hari Raya Dari Azlan



Alhamdulillah, beberapa hari lagi kita akan melangkah ke Syawal dan bakal menyambut hari lebaran. Ringkasnya, teman ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Halalkan makan minum teman selama ini ya kawan-kawan semua. Yang dekat-dekat tu boleh la jemput datang  ke rumah. Yang rumah dekat dengan UTM tu bolehlah jamu ketupat rendang kat teman nanti. Hehehehehe. Belum kerja lagi. Agak-agak dapat duit raya lagi tak.


Friday, July 29, 2011

"sayang, kita tak boleh raya bersama tahun ni"

Menurut kalendar, hari raya 1 Syawal akan jatuh pada 30 Ogos bersamaan hari Selasa. Pada hari raya kedua, 31 ogos pula Hari Kebangsaan. Sah-sah tahun ni tak ada perarakan kan.... Gila kau, orang nak beraya, dia pergi berarak kat Padang Merdeka pulak.... Hahahahahahaha~~~~ 

Apa kes pulak tajuk entri ni macam gitu bunyinya? Ah, abaikan. Ayat macam dah kahwin je kan.... Hohohohoho.... Suka hati aku la..... Ayat tersebut bukan hanya terhad kepada awek-awek aku diluar sana, tak salah kan kalau aku panggil mak aku sayang. Sayang mak. Korang sayang mak tak? Mesti sayang kan.... 

Dalam entri-entri yang lepas, aku ada cerita yang aku ada dapat tawaran ke UTM. Bila nak daftar? 4 September. Diulangi, 4 September! Hari Ahad, bersamaan hari raya ke-6! Nanti aku nak nyanyi lagu "Selamat Hari Ray" ramai-ramai kat kolej nanti la..... Mesti meriah giler kan..... aduyai~~~~~


Tu dia.......... Jarak rumah aku nak ke UTM tu 467KM wo..... Memang kebas la bontot duduk dalam kereta tu..... Nasib baik bukan aku yang drive..... Siapa yang nak hantar? Entah la.... abang aku kot.... Ah tak kisah la sape pon yang nak anta, yang penting sampai.....

Daftar ahad, tapi sabtu tu dah kena kena gerak ke Johor.... Kemungkinan besar akan bermalam di rumah saudara kami..... Wah bestnya..... Pertama kali nak jejak Johor.... Macam dulu la waktu aku ke KMP. Pertama kali jejak Perlis. Rasanya Sabah dengan Negeri Sembilan je kot yang aku tak jejak lagi..... 

1 Ramadhan akan jatuh pada Isnin ni, bersamaan 1 Ogos. Di sini aku nak ucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat, selamat menyambut kedatangan Bulan Ramadhan al Mubaraq dan selamat Hari Raya Aildilfitri!


SPONSOR

Ad