Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label media. Show all posts
Showing posts with label media. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Inilah Kebenaran Mengenai BERSIH Di sebalik Pembohongan Media

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. 

Di sini saya bukan ingin menyokong kerajaan mahupun pembangkang, sebaliknya ingin membuka mata semua rakyat Malaysia. Apa yang anda tahu mengenai BERSIH 2.0? Bagi yang sekadar ambil tahu secara 'ringan-ringan', anda pasti sekadar mendapatkan melalui media seperti akhbar dan berita televisyen bukan? Anda percaya sepenuhnya apa yang anda baca dan tonton? 

Fikir dua kali. Mari tonton video di bawah ini dengan cermat. Sila tonton hingga tamat. Pilu rasanya apabila menonton pada minit ke-9. Buatlah tanggapan anda sendiri. Saya sekadar berkongsi maklumat.


Apa pendapat anda?

Sunday, July 10, 2011

AL-JAZEERA pon kecoh pasal BERSIH 2.0

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. Baru tadi saya terjumpa video mengenai Bersih sewaktu jalan-jalan di Facebook tadi. Ini memang memalukan! Sampaikan Al-Jazeera pun buat berita mengenai Bersih! Rasanya semua orang pun tau kan, yang Al-Jazeera ni stesyen berita antarabangsa yang satu dunia tonton. Sebelum ini, berita tembak-tembak, bunuh-bunuh di luar negara sahaja yang asyik dipaparkan oleh Al-Jazeera. Kali ini, kes Bersih di Malaysia pula dipaparkan! Ini memang memalukan! Tahukah anda kesannya kepada negara kita. Apabila nama baik Malaysia sebagai negara yang aman tercalar, negara luar pasti akan memandang serong terhadap negara kita. Apabila politik negara tidak seimbang, ekonomi negara juga akan turut terjejas teruk. Bagaimana? Para pelabur luar akan berhenti melabur seterusnya menyebabkan sumber kewangan ekonomi Malaysia akan menjunam! Ah malas nak terang panjang-panjang! Tak percaya? Cuba tanya mana-mana pakar ekonomi atau mana-mana individu yang berkaitan dengan dunia perniagaan. Mari tonton video di bawah ini satu per satu. Malu! Malu! Malu!






SPONSOR

Ad