Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Monday, September 10, 2012

Sekitar Pernikahan Robby Harmy & Suria Shafida

7 September merupakan tarikh keramat buat pasangan Robby Harmy & Suria Shafida. Mereka telah disatukan dalam majlis akad nikah yang diadakan di Majid At-Taqwa, Bukit Kapar, Selangor. Ya, Robby adalah abangku. Berusia 26 tahun pada tarikh ini. Dengan berbekalkan Nikon D5100 dan kit lens 18-55mm teman telah merakamkan majlis tersebut dari awal hingga ke akhirnya. Lensa ini mungkin tidak sesuai digunakan majlis sebegini. Apa boleh buat, belum ada bajet untuk membeli lensa yang lebih baik.

Majlis persandingan di sebelah perempuan telah diadakan pada hari semalam 9 September. Malangnya, teman dah balik Johor hari Sabtu.Maka tak dapat la nak jadi pengiring, makan beradab dengan pengantin. Tak dapat la tangkap gambar diorang sewaktu bersanding. Tapi tak apa. Kenduri di sebelah lelaki akan di adakan pada 16 September. Jatuh hari Malaysia hari Ahad. Isnin mesti cuti kan. Jadi dapat la teman balik 3 hari. Hari Selasa baru sambung kuliah.

Di bwah ini adalah antara foto yang berajaya dirakamkan.


Pengantin lelaki. Masa ni tengah tunggu pengantin perempuan datang.

Makcik. Bik Tam. Kat dalam dulang tu wang hantaran dan mas kahwin.

Pengantin perempuan pun tiba. Orang perempuan dari kedua-dua pihak saling bersalam-salaman.

Tak perlu buang masa. Masing-masing terus ambil tempat. Tapi masa ni tok kadi pon tak sampai lagi.

Panjang umur. Tok kadi atau naib (kami panggil naib) baru sampai. Cantik jubah beliau kan.

Alah lambat lagi. Kita lepak-lepak dulu kat luar. Dari belakang, sepupu, atok sedara, bapak, dan pakcik.

Yang lelaki pula mengambil tempat di dalam masjid.

Ini belum mula. Kononnya tok kadi tengah bagi taklimat. Dah macam kursus je.

Pengantin perempuan. Entah apa yang mak dengan makcik sembang kat belakang sana.

Semak dokumen. Dah macam temuduga kerja pun ada. Giliran teman nanti entah macam mana la ye....

Cop cop. Pengesahan.

Bukan tengah ada doa pun. Entah apa la yang adik ni tadahkan.

Sabar menanti dengan senyuman. Nak kahwin wo. Mestilah exited kan.

Tekun dengar apa yang dibacakan tok kadi. Bapak tengok dari belakang je.


Di bawah ini adalah rakaman lafaz nikah dan janji yang berjaya dirakamkan. Kalau rakam video lebih bermakna dari gambar kosong. Boleh dengar suara sekali kan..... Dup dap dup dap......

Doa
 
 Tanda tangan
Belum selesai lagi
Sah berhelar seorang isteri
tengok sini...... snap snap
Salam pertama mereka sebagai suami isteri yang sah
 
Pakaikan rantai tangan. Bukan rantai kunci ya
 
tunjuk sikit gelang rantai tu
 
Bergambar dengan mas kahwin RM300 dan wang hantaran (cek entah berapa ribu tak tau)
 
 
Ni je la rombongan kecil kami. Nama pun Jumaat. Hari bekerja. Maka ramai yang tak dapat hadir sama.
 
Sesi bergambar dengan keluarga sebelah lelaki
Sesi bergambar dengan keluarga sebelah perempuan
awchak awchak
Rombongan pengantin lelaki memang tidak ramai. Situ memang kawasan pengantin perempuan. Maka ramailah pengiringnya. Kebanyakan gambar tak cantik kan. Tak dapat angle yang semua. Punca? Pengiring perempuan la ramai sangat nak ambek gambar. Dengan telefon pintar, Ipad, tablet bagai. Aduhai~~~ Gambar yang canti jadi betul berapa kerat je. Baik ada, daripada tak ada langsung kan.......
Alhahamdulillah.. Semua dah selesai di sebelah pihak perempuan... Moga-moga majlis persandingan rumah kami nanti berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. InsyaAllah.... Amin.....


2 people drop their comments!:

Cikgu Ma said...

pengantin pompuan, sempoi jerr dia duduk...hehe..tahniah untuk kedua mempelai..

Unknown said...

@Cikgu Ma
hahahaha
tengah happy la katakan....

SPONSOR

Ad