Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Monday, September 10, 2012

Sanggup Puasa Demi Roti Nan

Puasa 6. Puasa yang dilakukan selama 6 hari di bulan Syawal. Membawa barakah yang sangat besar. Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.” (Riwayat Muslim)

Tolong jangan salah faham dengan tajuk entri ini. Hahahahaha~~~ Kebetulan hari ini teman puasa 6. Dahu hujung Syawal baru nak puasa. Rasanya macam takkan dapat habiskan je 6 hari ni. Tak sangka teman berjaya bertahan hari ni. Hampir-hampir kena goda dengan Salleh tengahari tadi. Sama-sama puasa dengan Huzaifah. Malangnya, tadi sekitar 6 petang hampir-hampir batal puasa. Ke dah batal? Hayo........ Tadi tengah lepak-lepak dalam bilik, kawan hulur plak biskut raya. Almond london!!!!! Mesti korang boleh agak apa yang berlaku kan? Hehehehe..... Dah telan baru teringat. Aku puasa la woi!!!!!!!!!!!!!!! Cepat-cepat kumur. Lupa takpe kan. Bukannya sengaja........



Cheese nan dengan ayam tandoori RM8. Campur dengan Milo Ais RM1.50. Jumlah semua RM9.50. Itulah set yang teman selalu makan jika datang ke kedai mamak depan Balai Bomba Taman Universiti, JB ini. RM10 ni kalau ikutkan sebenarnya bajet teman sehari. Tapi dah jadi harga untuk sekali makan je. Hantu betul.... huuhuhuhuhu......

Malam ni ajar senior student master makan kat sini. Dia tak pernah makan kat sini rupanya. Lama juga dekat 3 bulan tak makan kat sini. Maklumlah baru mula semester baru.

Hurm............ nak sambung puasa lagi tak ye esok? Takkan nak puasa sehari je kot? Ciput betul..... InsyaAllah..... Nak cuba cukupkan 6 hari walaupun dah di hujung Syawal. Amin.


6 people drop their comments!:

RaimiSyazwan said...

Gambar roti nan dlm entri ni betul2 dah buat aku terkenang time study kat pineng dulu. Rasanya tu kali terakhir aku makan roti nan.
♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog

Unknown said...

@Raimi Syazwan ♌¹³
aku datang johor ni baru jumpa roti nan weh

Dkna Abza said...

teruskan sambung puasa 6..insyaAllah :)

Unknown said...

@Dkna Abza
hari kedua

IMANSHAH said...

saya dah setle..ha ha

Unknown said...

@IMANSHAH
saya baru 2 hari. ada 4 hari lagi

SPONSOR

Ad