Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Monday, March 4, 2013

Azlan The Type Writer Masih Belum Terkubur

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? lama kan teman tak update blog ni? Ada lagi ke yang sanggup baca blog teman ni? harap tak ada kawan-kawan yang dah lupakan teman. :)


Azlan The Type Writer masih belum terkubur! Ya, sudah 6 bulan teman tak update blog ini. Bukan bermakna teman dah berhenti berblogging. barangkali teman terlalu sibuk dengan kehidupan di universiti. Bukan lupa terus. Hari-hari teringin nak update, tapi tak berkesempatan. Entah kenapa sampai tak berupdate. Buka pun tak. Teruk jugak tu. sampai 6 bulan langsung tak buka. dalam bilik kat kolej ada je internet. Ini semua rahsia tyuhan. Hehehehehehe

Kebetulan teman ada di fakulti, buka emel, buka Google+, teman ambil kesempatan ini untuk update blog. Huhuhuhu itu semua poyo!!!!!!!!!!!!!!!!!! Moga-moga teman akan kembali rajin untuk update blog ini kembali.



Ya, sejak semester lepas agak kesibukan. Semester baru ini juga bermula dengan kesibukan duniawi. Inilah dugaan seorang mahasiswa. banyak komitmen. Tapi banyak mana pun, makan minum tetap tak lupa kan. Inilah namanya manusia. Dahulukan yang utama.

Rasanya samapai sini je kot. Teman akan kembali update blog ini dalam entri yang baru.

Wassalamu~~~



Saturday, September 15, 2012

Majlis Resepsi Robby Harmy & Suria Shafida

Dalam entri INI teman dah ceritakan mengenai hari pernikahan abang teman dengan isterinya. Dalam entri ini pula teman akan kongsikan pula majlis resepsi di rumah pengantin perempuan pula. Majlis ini telah diadakahan pada hari Ahad 9 September lalu. Walau bagaimanapun, teman tidak berada di tempat kejadian. Dari malam Sabtu (Jumaat malam) lagi teman dah balik ke Johor.

Dari teman cuma dapat tengok gambar dari FB abang teman sahaja. Itupun dia upload sedikit sahaja. Tak tahulah siapa yang telah merakamkan gambar-gambar tersebut. Takkan pengantin nak rakam gambar sendiri kot. Barangkali sepupu kami kot. Tak apa, majlis di rumah kami Ahad nanti teman pula yang akan jalankan tugas tersebut. Buat kenang-kenangan hingga anak cucu.


Robby & Haji Tambeh. Nampaknya temanya adalah kuning diraja.


Itu dia pengapit pengapit sebenar. Murad, sepupu kami.
Nasi ayam RM2.50.
Mungkinkah itu adalah hidangan utama untuk pengiring pengantin lelaki?

Pengantin perempuan menyambut suami di pekarangan rumah. Yang pegang bunga manggar tu adalah adik bongsu kepada Suria. Teman pula adalah adik bongsu kepada Robby.

Makcik-makcik (ibu saudara) yang menjadi pengiring. Lokasi dipercayai di Masjid At Taqwa, Bukit Kapar. Ye lah, teman bukannya ada sekalipunmasa tu.

Dari kiri Cik Adok, Bik Nur, Cik Ita, Cik Tini, Lin. Kita mention yang tua-tua je. Bik Nur dengan Cik Ita ni adik ipar mak. Lin pula anak Cik Adok. Ada anak dah pun. semakin besarlah keluarga kami.

Dari kiri Rasul (anak Cik Ita), Paman Nanang (suami Bik Nur) & Man (anak Cik Adok). Man pun tak lama lagi nak kahwin. Yang badan separuh tu entah tak tahu siapa.

Tu dia............... Tak tau berapa puluh kereta yang datang pun tak tau la..... Alhamdulillah, ada juga yang sudi jadi pengiring. Waktu giliran teman nanti harap-harap lebih meriah la gamaknya.

Bergerak masuk ke rumah pengantin perempuan.


Ini? Hurm........ Tak susun gambar elok-elok la. Gambar ni sepatutnya kat atas kan....

Tengok, ramai betul ahli keluarga kami yang datang. Yang pakai baju hijau nak bersalam tu Bang teman, Jamil namanya. Tudung pink tu pula kakak sulong kami. Yang lain-lain adalah pakcik, makcik dan sepupu kami.

Gambar-gambar ni teman ambil terus dari FB abang teman. Tu yang ada yang teratur. Ada juga beberapa gambar yang tak sesuai untuk dikongsikan. Jadi terpaksa klik Remove. Hehehehe. 

InsyaAllah, hari Ahad ini giliran majlis persandingan di rumah kami pula. Teman masih tersangkut di Johor ni. Alhamdulillah tadi dah beli tiket. Pagi nanti jam 10 teman akan menaiki bas untuk pulang ke Perak.

Nantikan sambungan entri seterusnya mengenai majlis persandingan di kampung kami pula nanti.

Thursday, September 13, 2012

Bloglist HASRULHASSAN.COM


Sebenarnya sudah beberapa hari teman tahu mengenai segmen (jemputan) ini. Hari ini baru berkesempatan untuk menulis entri ini. HH menjemput 200 blog untuk dimasukkan kedalam bloglist blog beliau. Siapa cepat dia dapat. Cuma 200 tempat sahaja yang disediakan. Itupun sudah terlalu banyak. Rugi bagi siapa terlepas.

Teman mula mengikuti blog HH ini sejak beberapa bulan yang lalu. Bukan nak puji, tapi blog HH ternyata amat bagus. Terutama dari segi penyampaiannya yang 'skema'. Blog HH bukanlah blog peribadi seperti mana kebanyakan jutaan blog yang wujud di laman maya ini. Melampirkan tips berguna, tutorial dan lain-lain sebagi pengisian utama, rugi jika tiada mana-mana blogger tidak mengikutinya.

Terima kasih buat HH yang banyak memberi nasihat tanpa sedar buat teman selama ini dalam menjadikan dunia blogging lebih baik. Terima kasih juga kerana memberi kami peluang menyertai bloglist anda. Bagi yang ingin menyertainya juga, anda boleh klik SINI.

SPONSOR

Ad