Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Thursday, April 28, 2011

Nasihat Buat Adik-adikKu Lepasan SPM 2010

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah pada petang yang hening ini, saya dapat menaip lagi untuk meng"post" entri baru buat tatapan kalian. Kali ini saya ingin memberi sedikit nasihat serta panduan terbaik buat adik-adik blogger ataupun pembaca di luar sana yakni lepasan SPM 2010.

Hari ini, 28 April 2011 telah diumumkan keputusan bagi permohonan ke Progam Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui beberapa laman sembang yang wujud di laman sosial terkenal Facebook, saya mendapati ramai adik-adik muda ini terkeliru serta dilanda dilema sama ada ingin meneruskan pengajian di peringkat matrikulasi, STPM, asasi, mahupun diploma.

Di sini saya sekadar mahu menyampaikan pandangan saya semata-mata. Sebagai pelajar lepasan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, saya dapat melihat pelbagai jenis genre kehidupan di kampus. Melalui ikatan persahabatan dengan pelbagai jenis kumpulan pelajar tanpa mengira sama ada mereka kumpulan pelajar STPM, matrikulasi, asasi mahupun diploma, saya berjaya mengutip banyak informasi yang dapat kongsikan kepada kalian.


elakkan stres. buatlah keputusan yang betul


Antara persoalan yang sering ditanya oleh oleh pelajar lepasan SPM adalah,"mana satu yang patut saya pilih?"
Jawapannya ada pada diri masing-masing. Di sini saya sekadar ingin berkongsi penerangan ringkas saya. 


Sila klik SINI untuk penerangan lebih lanjut mengenai Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada pendapat saya, jika seseorang pelajar itu ditawarkan matrikulasi dan asasi pada masa yang sama, pilihan yang terbaik yang paptut dipilih adalah asasi. Mengapa saya berkata begini? Hal ini demikian, pelajar asasi lebih didedahkan dengan sistem "Siswa-Siswi" yang sebenar. Soalan akan disediakan sendiri oleh para pensyarah masing-masing. Begitu juga dengan penanda kertas. Satu-satu pensyarah akan menanda kertas jawapan pelajarnya sendiri sahaja. Sebagai tambahan, silibus dan skop pembelajaran adalah lebih kecil berbanding pelajar matrikulasi yang lebih luas skop pembelajarannya. Perkara ini telah dinyatakan oleh sahabat saya Ahmad Sallehudin bin Mukhtarudin, lepasan Pusat Asasi Sains Universiti Malaysia. 

Sebagai seorang pelajar jurusan Perakaunan, saya tidak menghadkan persahabatan saya kepada pelajar Perakaunan sahaja. Sebaliknya, saya telah bersahabat baik dengan pelajar jurusan Sains Hayat dan Sains Fizikal juga (tiada pelajar aliran Teknikal di Kolej Matrikulasi Perlis). Melalui ikatan ini, saya telah mendapat informasi mengenai Program Satu Tahun (PST) jurusan Sains dan Perakaunan. Melalui tahun 2011, silibus baru telah digubal bagi semua jurusan tanpa mengira jurusan Sains, Perakaunan mahupun Teknikal.

Berita baik buat bakal pelajar Perakaunan, silibus baru yang akan dimulakan pada tahun ini adalah lebih ringan dan lebih kecil berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pelajar Perakaunan pastinya boleh tersenyum lebar setelah mendengar berita ini. Berbeza pula dengan pelajar jurusan Sains. Sistem yang baru ini seolah-olah menyerupai sistem asasi universiti tempatan. Sebelum ini, pelajar Sains Hayat cuma perlu mempelajari Matematik, Kimia dan Biologi sebagai subjek teras. Manakala pelajar Sains Fizikal pula cuma perlu mempelajari Matematik, Kimia dan Fizik sebagai subjek teras. Bagaimanapun, sistem yang baru ini telah mengubah sistem yang sedia ada. Tiga modul kini ditawar. Bagi Modul I, pelajar akan mempelajari subjek Matematik, Kimia, Biologi dan Fizik. Bagi Modul II pula, pelajar akan mengambil subjek Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer. Manakala bagi Modul III pula, Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer akan menjadi subjek teras. Sila klik SINI untuk maklumat lanjut. Pada pandangan saya, kumpulan pelajar Sains Hayat dan Sains Fizikal sudah tidak wujud lagi. Oleh itu, para pelajar harus membuat keputusan yang betul dalam memilih jurusan di peringkat matrikulasi. Maaf, saya tidak mempunyai sebarang informasi dan maklumat mengenai jurusan Teknikal. Bagaimanapun, menurut laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia, aliran Teknikal tiada perubahan besar sama seperti aliran Perakaunan.

Bagi diploma pula, sudah terang lagi bersuluh, pengajian di peringkat diploma adalah lebih panjang berbanding peringkat yang lain. Diploma mungkin adalah langkah yang selamat kerana para pelajar dapat memilih kursus yang diminati bagi menjamin masa depan masing-masing. Bagaimanapun, saya telah mendengar rungutan daripada sahabat-sahabat saya yang meneruskan pelajaran di peringkat diploma yang mengatakan pelajaran di peringkat ini adalah susah. Benar atau tidak, saya tidak mengetahui kebenarannya.

Bagi peringkat STPM pula, silibus pembelajaran sebenarnya adalah lebih berat berbanding peringkat matrikulasi. Perkara ini mungkin kerana sesi pengajian STPM adalah lebih panjang daripada matrikulasi. Oleh itu silibus yang berat itu adalah adil dengan sesi pengajian yang lebih panjang. Percaya atau tidak, saya serta rakan-rakan saya di matrikulasi tidak berjaya menjawab soalan peringkat STPM dengan sempurna terutamanya dalam subjek Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan. Hal ini telah membuktikan bahawa silibus STPM adalah lebih jauh ke hadapan berbanding matrikulasi.

Diharapkan adik-adik dapat membuat keputusan yang terbaik. tunaikanlah solat Istikharah bagi mendapatkan panduan dan bimbingan dari Allah Maha Besar yang Maha Adil serta Maha Penyayang.


21 people drop their comments!:

Azri Fathurrahman said...

ni info terbaru yang aku dapat dari pensyarah aku sebelum habis matrik: jurusan teknikal ambil 4 subjek; matematik, kimia kejuruteraan, fizik kejuruteraan, dan subjek kejuruteraan yang telah dipilih; elektrik dan elektronik, mekanikal atau awam. bagi intake batch ketiga jurusan teknikal kali ni, tiada subjek teknologi maklumat. subjek teras hanyalah kemahiran dinamika, pendidikan Islam, bahasa inggeris, dan kokurikulum.
so, gud luck pada yang nak ambil matrik ! :D

rahim ismail said...

matrik bukan ke ade 3 modul yg bole pilih?

Azri Fathurrahman said...

matrik ada jurusan teknikal, akaun, dan sains(hayat/fizikal). 3 modul la tu kan.. macam yang si azlan ni bagitahu entri ni,jurusan sains dah ada perubahan sikit macam yang dah dibagitahu kat entri ni. pasal jurusan sains tu aku baru tahu ni ada perubahan. haha .. :D

rahim ismail said...

ni yg baru .untuk sains .

http://www.moe.gov.my/bmkpm/index.php/program-matrikulasi/45-maklumat-umum/304-pakej-matapelajaran-sains

fifirainbowgrey said...

weh. nk share kt fb. bgos bgos :)

Azri Fathurrahman said...

@rahim, oke , jurusan sains ada 3 modul . so , pilih yang betul2 minat .. :D

Unknown said...

maklumat telah diperbaharui. terima kasih rakan-rakan ku sekalian
:)

cik ungu said...

informasi yg bagus..:)

Unknown said...

terima kasih.
selamat membaca~~~

Anonymous said...

Erm,antara matrik ngan diploma mne yg lbih ptut dipilih?

Unknown said...

antara matrik dan diploma, adalah lebih baik pilih pilih matrik. matrik setahun. diploma 3 tahun. habis matrik, terus sambung ijazah. Selain tempoh yang panjang, diploma belajar dalam skop yang lebih luas dan lebih susah. buatlah keputusan yang terbaik. jangan kecundangkan diri nanti.

Azri Fathurrahman said...

kelebihan diploma , sijil nya boleh di guna untuk minta kerja tapi sijil matrik tak boleh . =.=' tapi matrik pst 10 bulan je .. tak sampai setahun pun belajar . :D
aku tak sangka dah nak amek degree dah bulan 9 nanti , *taksabar* .. yeay ! haha .. :D

Unknown said...

syok ape ko azri
hahahahahaha~~~
aku pun masuk u same dengan ko la...

Unknown said...

Bagi yang ingin bertanyakan sebarang soalan di sini, sila subcribe via email bagi memudahkan anda menerima jawapan balas. Terima kasih.

Azri Fathurrahman said...

syok syok .. haha .. :D

Unknown said...

hahahahaha~~~
tak boleh blah~~~

Reen Rostarizam said...

info yang sgt berguna buat lepasan spm 2010 :)

Khairi Fakhri said...

thanks for the info! STPM lebih susah dr matriks rupanya.. xtau ler leh carry ke tak.. =______=

Unknown said...

@keyri....buat la rayuan matrik untuk panggilan kedua.....takpe....lambat seminggu dua je.....

amny said...

ek...ok..
masa amni baca ni amni dah wat keputusan nak masukk ....

nati amni bagitahu nak masuk mana dlm entry trbaru..hehehe

Unknown said...

bile?????

SPONSOR

Ad