20hb Februari dah mula kuliah. Maka secara matematiknya cuti teman masih berbaki 7 hari lah kan. Sekarang berada di rumah kakak. Sekejap lagi nak kena naik bas, balik kampung jumpa mak bapak plak. Aiseh, macam la tak Jumaat lepas tak jumpa. Padahal kat rumah kakak ni 2, 3 hari je....
Akan kuisi hari-hari terakhir ini dengan penuh produktif. Eh nak buat apa? Hurm..... Melukis je kot..... Yeah I love doodling. Hobi baru. Selama ni guna Paint je. Lepas ni nak try buat vector plak la guna Excel. Malam tadi pun baru install GIMP. Nak berexperiment. HEHEHE.
Wajah dalam gambar ni gembira semacam je. Jangan tertipu. Ini gambar lama. 2011 dulu. Sekarang makin gelap. Berjemur tak sudah. I miss u la my skin.... Adoyai~~~ Paling lewat pun Sabtu malam kena gerak balik ke Johor. Sampai Johor sekitar 4.30 pagi. Gila awal. Ofis pun tak buka lagi nak ambik kinci bilik.
Akhir kata, semoga kalian bergembira di samping keluarga. Jumpa lagi minggu depan. Ceh pernah jumpa ke?
notakaki: dah lama tak jejak Medan Kidd