Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Wednesday, September 12, 2012

Sahur Gaya Orang Bujang

Hari ni nak puasa 6. Ada lagi 4 hari. Tu la dah hujung Syawal baru nak puasa. Entah sempat habis ke tak pun tak tau. Al maklumlah, orang bujang harus berbelanja dengan penuh kesederhanaan. Lebih-lebih lagi pelajar macam teman ni. Duit PTPTN pun cukup cukup makan je. Makan tengahari, makan malam ala kadar je. Kadang-kadang je nak merasa makan mewah. Bayangkan kami nak sahur macam mana? Bukannya ada dapur dalam bilik nak masak. Makan je apa apauntuk buat alas perut. Puasa 2 hari lepas pun teman tak sahur. Bangun-bangun je dah subuh. Hari ni je gigih bangun awal konon nak bersenam sikit sebelum sahur.



Roti je. bajet orang bujang. Bilik pun tak ada heater ke, cerek ke.... Maka tak ada la air panas. Sedih je kan.......


Sapu je jem coklat. Makan kering. Boleh tercekik wo. Tak ada air panas, kopi panas, milo panas nak buat cicah. Bancuh sikit susu skim, capur satu sudu whey perisa coklat, minum. Nak pastikan badan cukup tenaga sepanjang hari dari pagi hingga ke petang.


Sebagai penutup sebelum subuh, teguk je air mineral buat cuci tekak. Melekit lekit je tekak ni kalau tak minum air kosong. Tambahan pula air kosong kan berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

Puasa hari ketiga. Aigo~~~ Ada lagi 3 hari.... Nak puasa sampai hari Sabtu. Hari Ahad dah habis Syawal kan? Teman pun tak tau sebenarnya, tak ada kalendar dalam bilik. Ada lagi stok kacang panggang tin dalam almari tu. Nak buat sahur esok je la kot. Hohohoho~~~

Selamat berpuasa dan selamat hari raya! Lepas solat subuh nak sambung tidur. Tak cukup tidur nih. Kelas pun jam 11. Lama lagi.

16 people drop their comments!:

Cikgu Ma said...

akak dok ngn family pun kdg2 sahur minur air kosong jer..ok la tu dapat makan roti..

Ahmad Haziq Azlan said...

@Cikgu Ma
famili saya dah biasa makan nasik sahur

kiera'sakura said...

sama la kami pun dh ujung2 bru nk hegeh2 pose hihihi

Ahmad Haziq Azlan said...

@kiera'sakura
gigih puasa

Mk Syahir said...

sahur big apple la baru bnyk ternaga :p

pha is said...

slamat menghabiskan puasa 6... hehehe

Ahmad Haziq Azlan said...

@Mk Syahir
membantu ke?

Ahmad Haziq Azlan said...

@pha is
terima kasih....hehehe

NASZ said...

biasalah tu. saya pun pernah lalui pengalaman sebegitu. hehehe. pengalaman saya dulu.

From,

Nasz

MOHD NASER.COM

jihah jimur said...

lan siyes x reti.. ak try wat header..

http://jihahjimur.blogspot.com/2012/09/jurnal-cobaan.html

Ahmad Haziq Azlan said...

@NASZ
lepas kawen mesti sume makan nasik kan

Ahmad Haziq Azlan said...

@jihah jimur
wah suka

Phat said...

wah ok sgt la tu..aku dulu bujang2 silap2 minum air je sahur hehe

Ahmad Haziq Azlan said...

@Phat
untung la bini jaga sekarang

Ezad Skytech said...

kalau hidup bujang...mmg makan apa yg ada je la kan...tak boleh nak demand sgt pasal makan ni kan...

Ahmad Haziq Azlan said...

@Ezad Skytech
tau pon

SPONSOR

Ad