Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Monday, June 25, 2012

Top 10 Model Kecergasan Dunia

Di bawah ini ada senarai Top 10 model kecegasan dunia. Selain muka yang kacak (pakej model) pastinya tubuh fizikal mereka tegap, 'fit' dan katang. Pastinya mereka menjadi kegilaan anak gadis zaman sekarang.



  1. Jeff Grant
  2. Greg Pliit
  3. James Ellis
  4. Trevor Adams
  5. William Price
  6. Nick Auger 
  7. Ivan Rusilko 
  8. Adam Fletcher 
  9. Matt Gentile 
  10. Lee Stram











Ini adalah antara video mereka. Untuk video-video yang lain, boleh layari Youtube.com. Mudah bukan? Ingin menjadi seperti mereka? Pastikan anda mempunya wajah yang tampan dan tiada cela. Kalau teman, kompem awal-awal dah kena riject. Hehehehehe. Badan pun kena la tough macam diorang kan.... Tapi rasanya model-model kat Malaysia tak tengok badan pun. Tinggi pendek tak kisah asalkan ada muka cukup. Senang je nak jadi model. Tak percaya?

Saturday, June 23, 2012

Berakhirnya Sesi Pengajian Semester 2

Alhamdulillah, tepat 12 tengahari 20 Jun 2012, tamat sudah peperiksaan akhir semester 2. Pada masa yang sama ia adalah laungan untuk tamatnya sesi pengajian untuk semester. Tak ada lagi kelas, kuliah, kuiz, ujian, peperiksaan untuk tempoh 2 bulan. Cuti semester sekarang 2 bulan je ok. Lainlah dulu sampai 3 bulan. Sistem baru sekarang ni cuti semester makin pendek.




Umpama laungan MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Rasa bebas sangat masa ni. Kawan-kawan ramai ada lagi exam tak habis lagi. Kebosanan duduk dalam bilik. Sampai tak tau nak buat apa lagi.

Rasa macam nak balas dendam tak cukup tidur seminggu pun ada juga. Memang gila la kan. Ye la, setiap malam exam je mesti jadi burung hantu. Pagi-pagi mata bengkak je.... Hitam-hitam semua..... Mata panda!!! Untuk paper Makroekonomi semalam pun hampir berjaga malam. Hehehehehe. Terlena sebenarnya. Penat sangat. Bayangkan dalam satu malam nak fahamkan 10 bab yang ambil masa 4 bulan pengajian.




Tabah juga la keluar dari dewan exam semalam. Kalau paper Makroekonomi semester lepas, frust terus 3 jam taknak cakap dengan kawan. Kawan tegur pun, angguk-angguk. Mungkin teman dah belajar untuk menerima walau pahit mana pun. Tak boleh jawab? Soalan susah atau kita yang tak belajar sebenarnya? Dah belajar tahap dewa tapi masih tak boleh jawab? Redha je la......................

Alhamdulillah syukur sangat-sangat semua ni dah berakhir. Tak fikir pasal pelajaran untuk 2 bulan. InsyaAllah Ogos nanti keluar lah result. Harap-harap boleh skor 3.00 ke atas macam semester lepas. Teman tak nak mintak tinggi-tinggi. Teman tau, teman tak mampu untuk dapat result timggi macam kawan-kawan lain. Kita akan dapat sepertimana yang kita dah usahakan.




Mak pun pernah cakap.Siap ulang berkali-kali. Mak tak mintak pointer tinggi. Asalkan jangan bawah 3.00. Kiranya jangan mula dengan 2.XX dalam slip keputusan tu. Memang akan frust gila-gila kalau dapat 3.00. Rasa macam teruk sangat. Apa boleh buat, kita terima je la.... Moga teman dapat result yang cantik nanti. Amin.

Thursday, June 21, 2012

MENARIK: GADIS 23 TAHUN SOKONG BRAZIL DALAM PIALA EURO

Selama ini teman cuma mendengar khabar dari kawan-kawan sahaja mengenai kes ini. Gadis sokong Brazil dalam Piala Euro 2012. Sejak bila Brazil duduk dalam Eropah? Brazil tak pernah pun masuk Piala Euro ni. Hehehehe. Petikan dipetik dari Majalah REMAJA.




Baru-baru ini REMAJA telah mengeluarkan kenyataan ralat melalui laman sosial Facebook.


RALAT:
Terdapat kesilapan fakta dalam kenyataan Nurul Hidayah, 23 tahun pada artikel Komen Peminat di halaman 185 Majalah REMAJA keluaran 1 Jun 2012. Artikel tersebut sepatutnya berbunyi; 
"Spain ialah pasukan pilihan saya kerana Spain mempunyai pemain yang handal dan ternama. Pasukan ini juga pernah memenangi Euro."
 Segala kesulitan amat dikesali-Editor


Perkara ini ternyata amat mengaibkan. Editor sepatutnya menyemak setiap teks yang bakal dicetak dalam majalah ini. Editor tak buat kerja? Adakah ini sesuatu yang disengajakan untuk menarik publisiti? Wallahualam. Harap isu ini akan tamat setelah Euro tamat juga. kasihan Nurul Hidayah. Mangsa jadi bahan. Hehehehehe.


sumber

SPONSOR

Ad