Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Tuesday, July 10, 2012

Pulang Ke Kampung Halaman


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba. Malam ini jam 10 malam teman akan bertolak balik dari Sri Putri ke Teluk Intan. Harga tiket RM48 dengan bas MAJU. Perjalanan sekitar 6 jam. Maka sekitar 4 pagi teman akan sampai di Terminal Bas Bandar Baru Teluk Intan, Perak.

Teman taknak naik bas LPMS RM55 turun Hutan Melintang lagi dah. Macam minggu lepas, teman nyaris kena kejar dengan anjing 3 kali. bayangkan jam 4 pagi, jalan pun lengang tak ada orang, tiba-tiba ada anjing menyalak nak kejar kita. Seriau weh~~~~ Rasa macam nak menangis je masa tu.




Satu beg kain baju, satu lagi beg hiking dah siap untuk diangkut. Tapi ada lagi beg kecik sumbat kamera & netbook dan satu beg plastik berisi kasut. Beg besar-besar ni teman letak kat bawah je. Beg kecil bolehlah naik atas. Seat 4A ni rasanya single seat. Jadi tak risau la kalau nak tengok movie, tengok cerita, dengar lagu mahupun makan dalam bas nanti. Netbook ni kena la cas kasi penuh bateri. Tak ada la kebosanan dalam bas nanti. Tapi rasanya dalam bas nanti confirm tidur je. Tak sampai setengah jam, dah berhenti di Yong Peng. tak sempat nak tidur pun.

Mungkin nanti bas akan berhenti di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau Puduraya. Itupun kalau ada orang nak turun di situ atau naik balik ke teluk Intan. Masuk je di Perak, nanti berhenti pula di Slim River. Biarlah lambat, banyak berhenti, asalkan selamat perjalanan. takut-takut pemandu bas yang kepenatan pula nanti. taknak la kan terlibat dengan kemalangan. Moga selamat perjalanan nanti. amin.

Rasanya ini entri terakhir buat masa ini. Memang susah teman nak online cuti ni sebab kat rumah tak ada internet. Jadi blog ini kemungkinan besar akan di tinggalkan untuk 2 bulan. Memang baki cuti 2 bulan pun. Sepetember nanti baru kembali ke Johor semula. Baru dapat akses penuh internet. baru boleh online. hehehehe.

Doakan teman selamat perjalanan ya. Amin amin ya robbal alamain.

Selamat tinggal. Wassalam.


12 people drop their comments!:

maszull said...

assalamualaikum azlan...moga selamat dlm perjalanan pulang ke kampung yer...:)

Misz Mieza said...

Selamat bercuti! =)

CINTA UNTUK KITA said...

salam..

tempahan biskut raya dah bermula.. :)

jom tengok..

http://cintauntukkita.blogspot.com/2012/07/tempahan-biskut-raya-kini-bermula.html

Ezad Skytech said...

selamat bercuti...hee :D

Aku Mad said...

semoga selamat sampai ye :)

Ekmi Rabat said...

Bestnya tengok budak2 degree balik bercuti..rindu zaman tue

Ahmad Haziq Azlan said...

@maszull
terima kasih

Ahmad Haziq Azlan said...

@Misz Mieza
anda juga

Ahmad Haziq Azlan said...

@CINTA UNTUK KITA
biskut apa ada

Ahmad Haziq Azlan said...

@Ezad Skytech
selamat bekerja~~~

Ahmad Haziq Azlan said...

@Aku Mad
terima kasih

Ahmad Haziq Azlan said...

@Ekmi Rabat
orang phd tak boleh balik jangan jeles ok
hehehe

SPONSOR

Ad