Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

VIDEO: KLIP RITA RUDAINI SUARAKAN HAKNYA DI LUAR MAKHAMAH SYARIAH



Rita Rudaini bertudung litup menutup aurat. hak seorang isteri telah disuarakan. Mari kita doakan yang terbaik buat pasangan ini. 





Harap anak mereka tidak menjadi mangsa yang tersepit di tengah-tengah pertelingkahan ini.

nota kaki: semoga teman dijauhkan dari masalah rumah tangga

Sunday, March 11, 2012

Definisi Sebenar Perangai Buruk



Teman percaya ramai dikalangan pembaca Kosmo! diluar sana telah membaca kedua-dua keratan akhbar ini. Persoalannya di sini, apakah definisi sebenar kepada perangai buruk? Imam yang terkejut, salah faham lalu membaling selipar kepada hakim dianggap berperangai buruk? Adakah Melayu dan Muslimah yang berpakaian menjolok mata di tempat awam dianggap dewi dan tidak bersalah? Anda ada jawapannya? Renung-renungkan, dan selamat beramal~~~

Wednesday, February 22, 2012

PANAS: PAUL MOSS DIUGUT BUNUH PESERTA MALAYSIAN IDOL

Menakutkan...... Kalau macam ni tak nak la jadi juri... Nanti tak pasal pasal ada orang tak puas hati dengan aku.......

Tuesday, December 6, 2011

TACING BETUL OGY DENGAN JOHAN

Rasanya semua orang pun tahu kan pasal kes Fauziah Ahmad Daud (Ogy) nak saman Johan (Raja Lawak) gara-gara lawak melampau sewaktu mengacara bersama dalam Festival Filem Malaysia yang lalu baru-baru ini. Ya, memang saya sendiri akui mungkin akan "over" lawak si Johan tu, tapi kalau kita tak mabil pusing pasal tu, memang takkan jadi apa-apa pun. paling busuk pun keluar la komen dalam surat khabar mahupun majalah hiburan. 






Tup tup meletup cerita Ogy nak saman Johan. Memang terus jadi Naib johan la kan. Hohohoho~~~ Ai takkan tacing kot....... Nama pun melawak kan..... Tegur belakang sudah..... Tak perlu la nak sampai saman menyaman..... Last-last semua dapat malu....... Saya memang tak malu...... Kontroversi tak sudah...... Bawak-bawak la mengucap ye.......

Monday, November 14, 2011

Justin Bieber Nak Tukar Jantina?

Tak habis-habis la kes dengan si Justin Bieber ni. Sebelum ni kes mengandungkan peminat, kali ni kes tukar jantina plak. Adoyai~~~ Hambik la kau Justin Bebeh~~~~~ Kalau kau dah tukar jadi perempuan, mesti Selena Gomez tak nak kat kau kan. Takut kena cop jadi lesbian plak. Hahahahaha waktu tu boleh la aku couple dengan Selena plak.... Tak salah kan.......


Cuba komer tengok bawah ni. Bukti! Bukti! Bukti!








Tapi aku tengok cun plak. Lagi cun dari Selena Gomez wo~~~ pasni mesti dia tukar nama dari Justin Bieber kepada Justin Barbara. Hahahaha mana la tau kan.... Tak nak ngorat Selena Gomez.... Justin Barbara pon jadi la....... Hehehehehe.....

Thursday, November 3, 2011

Justin Bierber Ada anak Luar Nikah Dengan wanita Berumur 20 tahun?



LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita di negeri California mendakwa penyanyi remaja Justin Bieber (gambar) ialah bapa kepada bayinya.

Laman hiburan RadarOnline dan majalah Star Magazine melaporkan wanita berkenaan, Mariah Yeater, 20, memfailkan saman di sebuah mahkamah dengan menyatakan bintang pop berkenaan ialah bapa bayi lelakinya yang berusia tiga bulan.

Menurut laporan tersebut, wanita itu mahu Bieber, 17, menjalani ujian perubatan bagi mengesahkan secara saintifik bahawa bayi berkenaan ialah zuriatnya.

Seorang jurucakap Bieber, Matthew Hiltzik bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

"Walaupun kami belum melihat saman itu, adalah sedih untuk seseorang sengaja mereka-reka dakwaan palsu yang berunsur fitnah," katanya.





Menurut majalah Star, Yeater mendakwa dia berusia 19 tahun semasa berasmara dengan penyanyi kelahiran Kanada itu di belakang pentas di salah sebuah konsertnya di Los Angeles pada tahun lalu.



Dia meminta mahkamah memaksa Bieber menyediakan nafkah secukupnya untuk anaknya," lapor majalah berkenaan.

Bieber kini intim dengan aktres Selena Gomez iaitu seorang bintang remaja yang popular menerusi lakonannya dalam program televisyen terbitan Disney, Wizards of Waverly Place. - Agensi

Sumber

Thursday, October 20, 2011

DI MANA LETAKNYA KEHENSEMAN SEORANG LELAKI ?




Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...





Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
 


Friday, October 14, 2011

Artis Kurang Senang Ramalan Buruk 'Uncle Seekers'


PETALING JAYA: Beberapa orang artis melahirkan rasa kurang senang apabila masa depan mereka dikatakan akan terjadi perkara tidak baik termasuklah penceraian, meninggal dunia dan kegagalan dalam kerjaya.
Kebanyakan mereka menganggap ramalan yang dibuat oleh pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai 'Uncle Seekers' menerusi laman blognya adalah sesuatu yang tidak boleh dipercayai.
Marsha berkata, ramalan kononnya dia akan memeluk Islam dan bakal bertunang sebelum tahun 2013 adalah karut dan Uncle Seekers tidak patut menceritakan ramalan yang datang daripada mimpi itu dalam blognya.
"Andai kata benarlah dia (Uncle Seekers) mempunyai kebolehan meramal masa depan orang, rasanya dia tidak patut mendedahkannya dalam blog.
"Tambahan pula ia merupakan isu yang sangat sensitif. Kenapa perlu menceritakan kepada umum tentang ramalan yang karut itu?" soalnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Selain Marsha, antara selebriti yang juga 'terkena' dengan ramalan Uncle Seekers ialah, Rabecca Nur Al-Islam, Zizan Raja Lawak, Anuar Zain, Juliana Evans, Fauziah Gous dan Fasha Sandha.
Kata Rabecca pula, ramalan bahawa rumah tangganya akan mula goyah akibat kesilapan sendiri juga dianggap palsu kerana Uncle Seekers tidak pernah bertemu dengannya walau sekalipun.
"Dia tiada hak untuk meramal masa depan saya lebih-lebih lagi saya tidak pernah mengenalinya.
"Bagi saya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui tentang masa depan kita dan tidak perlulah dia ingin menceritakan kisah ramalan karut itu dalam blognya.
"Tambah pula, siapa dia yang hendak meramal tentang rumah tangga saya? Setakat ini, Alhamdulillah, kehidupan saya bersama suami bahagia," ujar Rabecca dengan nada kesal.
Bagaimanapun Zizan (Raja Lawak) yang dikatakan kononnya menghadapi masa depan gelap gara-gara dikaitkan dengan isu seks (Uncle Seekers tidak menjelaskan secara terperinci) pula enggan memberi sebarang komen tentang hal berkenaan.
“Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Sebelum ini orang dah cakap saya macam-macam tentang isu Hantu Bonceng,” katanya yang tidak mempercayai berhubung ramalan masa depan.
Pakar paranormal itu juga pernah membuat ramalan mengenai kematian Datuk Ahmad Jais dan ramai yang terkejut apabila hal tersebut benar-benar berlaku seperti yang diramalkan.
Sementara itu, Uncle Seekers yang dihubungi menganggap ramalan yang ditulis dalam blog miliknya itu bukan ingin mencari publisiti murahan tetapi sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan pengikut blognya itu.
"Saya cuma bermimpi dan apa yang berlaku dalam mimpi itu dikongsi dalam blog. Lagipun itu sekadar ramalan, kenapa perlu gusar?
"Bila orang meramalkan tentang cuaca, boleh saja diterima, tetapi bila saya buat ramalan tentang manusia, orang tak boleh terima pula. Kenapa?
"Saya sedar, diri ini bukanlah seorang bomoh. Rasanya tidak salah untuk kita memberitahu apa yang berlaku dalam mimpi kita," tegasnya.


sumber
*********************************************************

Hurm nak ramal diri sendiri la..... Rasanya macam nak kahwin umur 27 je..... Hehehehehehehehe...... InsyaAllah..... Tu pun kalau dah temu jodoh waktu itu..... Amin........



nota kaki: takdir kita di tangan Allah

Tuesday, October 11, 2011

BEN NYAH VS BEN ASHAARI?

(sila baca dengan loghat utagha)

Tadi aku godek-godek la Google Image. Jari ni pun dok gatai la taip nama Ben Ashaari. Cek ni follow ja dia ni.... Malatop la katakan..... Tapi cucuq jujuq nak habaq kat ampa yang cek jarang pi singgah blog dia. Banyak sangat cita artis. Dia pun kalau berlakon filem, mau jadi artis terus. Kan depa dok habaq yang dia ni Mr. Muscle, boleh la pi ganti Awie nu berlakon dalam Maria Mariana 4. Eh, Awie pernah berlakon dalam Maria Mariana ka? Macam pernah ja....



Ok, abaikan ja perenggan ataih ni. Kembali pada tajuk entri ni. Ha..... dok Gogogogogol tadi jumpa gambaq ni.... Assume ja la ni header blog..... Hampa tafsir la sendiri.... Rasanya gambaq ni lama dah ada dalam Google. Tapi baru ja teroka.... 








v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Tak tau la cek nak kata apa..... Dasyat..... Dasyat...... Dasyat....... Agak-agak ada betoi dak bennyah.com ya..... Geli-geleman nyah~~~~ "Jangan bagi mak membebel nyahh"


Ok, aku taip utara macam pelik je. Aku cakap takde pun camni. Sekarang kat Skudai cakap BM biasa je... Jarang dah nak cakap utara dengan kawan-kawan....






nota kaki: maaf, dah rosakkan bahasa utara

Saturday, October 1, 2011

Mamat Nafi Pengaruh Fesyen Tudung Fida



30 Sep – Ekoran perubahan imej kekasihnya yang juga aktres, Fida Ibrahim daripada seorang yang bertudung cantik kini hanya mengenakan serkup kepala ala Dato' Siti Nurhaliza telah mengundang spekulasi ramai bahawa Fida berubah gara-gara pengaruh negatif semenjak menjalinkan hubungan dengan Mamat Sepah.
Tampil menafikan dakwaan tersebut, Mamat menjelaskan dia tidak ada kaitan mahupun bukan penyebab perubahan imej bertudung yang digayakan Fida sebelum ini.
"Bagi saya kalau Fida bertudung atau tak, saya tak pernah kisah kerana itu adalah fesyen dia yang tidak dipaksa oleh mana-mana pihak dan terlalu peribadi untuk diperkatakan. Bagi saya, apa yang Fida pakai tidak ada sebarang kaitan dengan saya. Jadi kalau Fida nak bertudung atau bertopi, itu adalah haknya," jelas Mamat ketika ditemui di Rumah Terbuka Astro baru-baru ini.
Tambahnya lagi, "Sebagai teman, saya ada memberi teguran. Saya minta dia memikirkan yang terbaik untuk dirinya. Fikir jika peminat boleh terima fesyen tersebut. Saya jenis yang tidak kisah. Jangan sampai peminat merungut kerana karakter kami berbeza. Saya pakai seluar pendek pun tidak mengapa tetapi dia lahir dalam industri ini dengan bertudung.
"Saya tidak tahu sejauh mana dia menerima teguran saya. Tapi setakat ini saya tak berani nak menyentuh bab pemakaian Fida," jelas Mamat yang turut kesal apabila ada yang mengatakan imej Fida berubah selepas dia memuat turun foto Fida tanpa memakai tudung baru-baru ini.
Ketika ditanya tentang status hubungan mereka yang dikatakan renggang selepas isu foto tersebut tersebar, Mamat mengakui ia sedikit menjejaskan hubungan mereka dan setakat ini mereka hanya menanti isu ini reda barulah berbincang. Namun hubungan 'persahabatan' mereka ini masih diteruskan.
Menurutnya lagi, apa yang berlaku bukan atas kerelaan atau kehendak masing-masing. Malah tidak boleh juga menuding jari menyalahkan mana-mana pihak.
"Saya berani bersumpah insiden tersebut memang tidak disengajakan. Saya seorang yang rabun dan tak perasan langsung gambar tersebut sehinggalah kakak saya meminta saya periksa Facebook semula kerana ada sesuatu yang tak elok dalam album tersebut. Apabila sudah sedar, saya terus padam. Sayangnya beberapa blog terlebih dahulu telah memuat turun gambar tersebut," akhiri Mamat yang bakal menjalani penggambaran drama 13 episod, "Superlawak FC" untuk Astro Warna tidak lama lagi selain penggambaran "Sepah The Movie" pertengahan Oktober nanti di Johor Bahru.


sumber

Saturday, September 24, 2011

Melepas Nak Jumpa Heliza Helmi di UTM Skudai


Kelmarin Heliza Helmi ada datang UTM. Aiseh tak dapat pergi la.... Melepas nak tengok mata dia yang bualat macam epal tu. Arghh!!!!!! Jelez sangat sangat kat Alien Katak Hijau. Sah-sah dia pegi punya..... 


Huh bila agaknya aku nak jejak Pesta Konvo tu ye..... Ahad la kot..... Kawan-kawan aku ada yang masuk pertandingan keusahawanan nanti..... Teringin nak terjah gerai B24 jumpa Anak Itik. Entah apa la yang Cik Nad kita tu jual agaknya.... 

tolong promote gerai Cik Nad

Makanan kat Johor ni dah la tak berapa nak murah.... Kalo nak harga ok, pegi je kat Meranti, SUB tak pun Student Corner kat Pulai tu. Selalunya penghuni KDOJ yang akan pergi ke Pulai. Entah² Katak Hijau pon pernah pergi sana waktu dia baru-baru lagi kat UTM. KTGB pun senang je nak keluar.... Jalan kaki je....

nota kaki: Mawi nak datang UTM tak? Kulai dengan Skudai takde la jauh sangat. Sama negeri lagi

SPONSOR

Ad