Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ni teman gagahkan diri juga taip satu entri. Walaupun baru seminggu tak update entri baru, rasanya seperti sudah sebulan tak update. Apatah lagi blogwalking. Sememangnya tidak dapat teman lakukan. Bukannya tidak online, cuma hilang kuasa sahaja.
Ibarat Ultraman yang hilang kuasa, teman cuma mampu untuk buka dashboard, tengok kalau-kalau ada komen, lihat statistik page view, kemudian tutup semula. Itulah yang teman lakukan selama tidak update entri baru.
Sekarang semakin sibuk dengan tugasan yang diberikan oleh para penyarah. Lagi-lagi peperiksaan akhir akan bermula kurang 4 minggu lagi. Teramat risau di hati ini. Tambah lagi sibuk dengan program sampingan di kolej. Sabtu lepas teman baru pulang dari UPSI. Minggu depan InsyaAllah akan ke Putrajaya pula. hasih dah macam VVVVVVVVVVVIP pula asyik berjalan keluar dari kampus sahaja.
Di sini teman juga ingin meminta tolong dari kawan semua untuk LIKE gambar di atas di SINI. Terima kasih.
InsyaAllah teman akan kembali aktif berblogging setelah kurang sibuk. Kesibukan ini juga memaksa teman tidak dapat menyiapkan doodle yang teman ingin siapkan sejak dulu. Maaf ya bagi sesiapa yang masih belum dapat doodle yang dijanjikan.
Wassalam
10 people drop their comments!:
kadang2x tak idea nak tulis apa dekat blog.. :)
gudluck wei..
itu perkara biasa..=)
normal la la tu.. kekangan masa dan no idea wat kita kadang2 abaikan jap blog kita ni :)
uruskan mana yg lebih penting dahulu..blog update bila dpt idea je :)
@Hanamiko Sakura
betul juga
@Ieyza Afieyna
anda juga
@rAIHan
betul tu
hehehehehe
@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
lagi2 yang tengah belajar ni kan
@Bobo
ada idea la ni
huhu
Post a Comment