Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Wednesday, August 29, 2012

Semangat Hari Raya Di Pertengahan Syawal 1433H



Entri ringkas dari teman sebagai pengubat rindu terhadap blog ini. Lama juga teman tak update. Eleh baru dua minggu tak update. Sebelum raya lagi,. Maklum la, rumah tak ada sambungan internet. Ini pun teman pegi ke CC. RM2 untuk sejam.

Macam mana dengan raya kalian semua? Raya pun dah minggu. Rasanya semangat raya masing berkobar-kobar kan. Kalau di bandar terutamnya di taman perumahan, pasti saban hari rumah terbuka tidak putus-putus. Duit raya buat si kecil juga tidak putus-putus bukan? yang berada di kampung juga tidak ketinggalan. Di kampung teman ini ada sahaja baraan. Bagi yang tidak mengerti apakah baraan, baraan adalah berkunjung dari rumah ke rumah secara berjemaah (beramai-ramai) sama ada bersama rakan-rakan, sanak saudara mahupun jiran tetangga. Semalam riuh rendah juga rumah teman. Walaupun cuma disertai oleh kaum ibu beserta anak kecil masing-masing, hampir 50 orang juga lah. Memang penuh gamat rumah teman.

InsyaAllah, minggu depan teman akan kembali ke kampus. Teman akan rajin update blog selepas ini. Tata

4 people drop their comments!:

Pha Is said...

dah cuti2 ni reunion pon banyak.. hehehe

anamizu said...

haah wlupun syawal dah kat tengah,
tak henti2 lagi sedara2 dtg beraya.
masa ni lah pon nk berjumpe2 kan? :)





slm syawal.
cik ana

Unknown said...

@pha is
betul tu
gathering raya pon ada

Unknown said...

@anamizu kaito
raya pon seatun sekali

SPONSOR

Ad