Istilah abang angkat, adik angkat, kakak angkat, ibu angkat, dan pelbagai jenis angkat lagi sering kita dengar dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini. Ya, pastinya masyarakat Malayu yang banyak mengamalkannya berbanding kaum lain. Bukan tiada, tetapi amalan ‘angkat’ ini lebih banyak digunakan dalam masyarakat Melayu. Walaubagaimanapun, mutkhir ini ramai pihak atau individu yang menyalahguna istilah yang penuh kaya dengan ikatan silaturahim dan kasih-sayang ini. Tidak percaya? Bagaimana? Bersabarlah, dan cuba amati setiap patah perkataan teks ini.
Budiman dan budiwati sekalian,
Penggunaan kata ‘ayah angkat’ dan ‘ibu angkat’ ini lazimnya menunjukkan hubungan dua individu yang berlainan usia, yang besar beza umur mereka, dan selayaknya dipanggil sebagai anak dengan ibu, mahupun anak dengan bapa. Jika prihal sebegini, pastinya tiada yang akan cuba mempersoalkan hubungan mereka.
Apa yang ingin dibincangkan di sini adalah perihal ‘abang angkat, kakak angkat, dan adik angkat’ yang jelas hubungan antara dua individu yang tidak terlalu jauh beza umur mereka, tidak mengira jantina yang sama mahupun berbeza, dan pastinya mereka tidak sebaya! Masih belum jelas? Marilah kita sama-sama gunakan organ dan anggota ciptaan Illahi untuk berfikir sedalam-dalamnya.
Apa yang ingin dibincangkan di sini adalah perihal ‘abang angkat, kakak angkat, dan adik angkat’ yang jelas hubungan antara dua individu yang tidak terlalu jauh beza umur mereka, tidak mengira jantina yang sama mahupun berbeza, dan pastinya mereka tidak sebaya! Masih belum jelas? Marilah kita sama-sama gunakan organ dan anggota ciptaan Illahi untuk berfikir sedalam-dalamnya.
Hubungan ‘adik-beradik angkat’ ini selalunya berlaku di sekolah, tanpa mengira sama ada di sekolah menengah kebabgsaan (SMK), sekolah menengah teknik (SMT), sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), sekolah menengah agama (SMA), sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah menengah sains (SMS) mahupun di maktab rendah sains MARA (MRSM). Kononnya, budaya mengeratkan hubungan silaturahim, integrasi, serta tolernsi. Hati-hati, ada bahayanya di sini.
Kita buka skop ‘abang angkat’ terlebih dahulu. Siapa abang angkat ini? Berdasarkan fahaman semua orang, abang angkat ialah seorang lelaki yang lebih tua, yang layak dipanggil abang, bukan ahli keluarga sendiri, mempunyai hubungan yang akrab, baik dan rapat dengan seseorang individu itu, lalu ‘diangkat’ oleh individu tersebut sebagai ‘abangnya’.
Ya, hubungan ‘angkat-angkat’ ini sama sekali berbeza dengan couple yang lebih cenderung kepada hubungan cinta antara lelaki dan perempuan. Jika hubungan cinta sejenis, itu bahaya, itu songsang namanya! Hubungan ‘adik-beradik angkat’ ini boleh disalah erti sebagai couple apabila hubungan mereka mula menunjukkan bibit-bibit cinta. Hal ini boleh terjadi apabila kedua-dua pihak mahupun sebelah pihak sahaj mula menunjukkan keiginan untuk bercinta. Sebagai contoh, seorang abang angkat ini baru sahaja meleraikan hubungan ‘cinta beruknya’ dengan seorang gadis. Hati yang penuh lara dan duka itu pastinya sedang tercari-cari penawar hati yang sedang parah. Sebagai inisiatif, si abang ini akan mula menunjukkan keakraban yang agak melampau dengan si adik lalu menjurus ke arah cinta. Bahaya, anak-anak gadis yang belum matang (sudah baligh tidak bererti sudah matang) terutamanya pelajar tingkatan satu yang pastinya mudah terpedaya dan terhumban ke dalam lembah nista ini.
Bagaimana pula dengan ‘kakak angkat’? Hubungan adik dengan kakak pada kasarnya sememangnya tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan, tetapi kita harus beringat bahawa bisikan syaitan itu boleh membawa kita ke mana-mana sahaja. wanita pada hari ini pastinya tidak memilih usia pasangan masing-masing, asalkan ada jodoh.
Dalam konteks alam persekolahan, pada hari ini, kakak angkat ini pastinya lebih tua, sekurang-kurangnya tua setahun. Perempuan pada hari ini pun sudah bijak pandai, igin sahaja yang yang kacak,segar-bugar,yang hodoh tolak ke tepi sahaja. Dilihatnya sahaja junior yang comel-comel, cute, handsome sedikit, igin sahaja dilamarnya menjadi ‘adik angkat’. Mula-mula berkirim salam, kemudaian berutus surat, messaging, texting, chatting dan bermacam-macam ting-ting lagi digunakan. Jika sudah habis semua teknologi digunakan, apa lagi yang hendak digunakan agaknya ya?
Mengapa harus menjadi ‘kakak angkat’ agaknya ya? Mestilah, takkan nak lamar jadi boy friend kot? Malulah, dapat pakwe budak-budak. Belum matang lagi. Entah-entah baligh pin belum lagi. Lelaki, kalau sudah gatal, gatal juga. Budak lelaki zaman sekarang bukannya jahil seperti dahulu. Saat ini, budak tadika pun sudah rosak akal fikiran, bukannya gila, tetapi terpengaruh dengan ‘Virus-virus Cinta’ yang disebarkan oleh Ahmad Dhani Dewa-Dewi yang entah apa-apa itu.
Dapat sahaja kakak angkat yang lawa, mulalah hendak menggatal. Si kakak angkat ini pun apa lagi, mulalah menggedik-gedik macam kucing siam. Bukankah dunia ini sudah hampir kiamat? Inilah salah satu punca berlakunya perkara yang pelik-pelik pada hari ini. Manusia sangka dunia ini mereka yang punya. Lupa diri, dunia ini sekadar pinjaman sahaja. Kiamat tiba nanti, hancur leburlah kesemuanya. Saat itu tidak ada apa-apa lagi yang hendak ‘diangkatkan’ lagi.
Si kakak angkat ini pastinya segan jika hendak bercinta dengan adik angkat sewaktu masih bersekolah. Dapat pakwe muda,kononnya segan dengan yang kawan-kawan kata nanti. Ada yang sanggup tunggu sehingga tamat SPM, STPM, STAM, baru hendak luah perasaan. Jangan main-main ya, jangan sangka perkara sebegini tidak pernah terjadi sebelum ini. Seorang pelajar tingkatan empat yang entah bersala dari mana, pernah tersiar surat aduannya dalam akhbar Berita Harian pada tahin 2007 lalu. Dalam aduannya itu, kakak angkatnya itu meluahkan perasaan melalui e-mel yang kononnya telah lama memendam rasa cinta pada pelajar lelaki tersebut. Serba salah pelajar tersebut dibuatnya. Apa hendak terjadi kepada dunia sekarang ini? Semuanya menjadi serba tidak kena.
Asyik yang negatif sahaja yang keluar mengenai hal ‘angkat-angkat’ ini. Di mana positifnya? Tidak ada yang elokkah? Semuanya bahana-bahana belaka? Pasti ada yang positif bukan? Pasti ada bukan? Cuba kita renung-renungkan, kita selidik perlahan-lahan, letakkan yang negatif itu ke tepi, kita cari di mana yang positif itu.
Unsur positif pasti kan wujud apabila kakak angkat dan abang angkat itu adalah sesama jantina! Pelajar junior yang baru menjejakkan kaki di asrama pastinya memerlukan pembimbing yang mampu membantunya di kala dalam kesusahan. Mereka ini juga boleh dijadikan sebgai tempat untuk mengadu sebagai galang ganti kepada ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara di rumah. Jika mahu diharapkan teman sebilik, sedorm, searas, seblok, sekatil (berkongsi katil dua tingkat), mahupun sekelas, pasti mereka sama sahaja dua kali lima tidak boleh mmbantu. Oleh itu, senior adalah orang yang sesuai dijadikan sebagai pembimbing selama diperlukan.
Jika difikir-fikirkan, rasa-rasanya itu sahaja yang positif. Bukan kita semua tidak tahu, negatif sentiasa mengimbangi yang positif. Samalah seperti hitam dan putih, ying dan yang, baik dan jahat, bulan dan matahari, dan sebagainya. Yang baik, baik juga. Yang jahat, jahat juga. Jika nafsu serakah dan nafsu amarah menguasai diri, macam-macam boleh berlaku. Bukan kita tidak tahu dunia zaman sekarang. Akhir zaman, dunia sudah hampir kiamat, semuanya terbalik, semuanya songsang. Dari pasangan ke nafsu, sehinggalah ke jantina. Semuanya hendak disongsangkan, mengalahkan binatang. Binatang pun tidak songsang seperti manusia. Barangkali jika haiwan mampu menggunakan otak seperti manusia, boleh membaca, melayari internet, menonton vedio yang bukan-bukan di laman web You Tube,haiwan juga mungkin boleh menjadi songsang seperti manusia.
Berkata mengenai songsang pada hari ini,pastinya perkataan homoseksual, gay dan lesbian sudah tidak asing dalam kehidupan kita sebagai seorang remaja zaman inovasi terkini ini. Orang kata,”Normallah jika ada gay dan lesbian di sekolah”. Orang kata,”Sudah tak dapat nafsu, nak buat mcam mana lagi…..”. Orang kata,”Zaman remaja, inilah waktu hormon sedang berkeliaran”. Benarkah semua ini? Lu fikirlah sendiri, bak kata Nabil yang entah apa-apa itu.
Kita sememangnya tidak dapat menafikan perihal kehidupan songsang di asrama. Macam-macam boleh berlaku, bercium sesame jantina, meraba sana, meraba sini, pegang sana, pegang sini, hubungan seks di luar tabii, dan termasuklah seks oral. Bayangkanlah anak-anak Mealayu kita pada hari ini jadi seperti Kaum Lut. Dasyat, mahu-mahu Malaysia ini dilanda tsunami lagi, tidak pun, diterbalikkan terus Malaysia yang kononnya permai ini.
Jaga-jaga penghuni asrama sekalian, entah-entah makhluk songsang ini sedang memerhatikan anda selama ini. Baru-baru ini, penulis ada mendengar satu kisah yang agak lucu, tetapi serius lagi parah. Kes ini telah berlaku di sebuah sekolah di Selangor. Sekolah ini pun bukan calang-calang, terkenal dengan kejayaan akademik dan kokurikulum. Rasanya tidak perlulah diceritakan di sini, aib…..
0 people drop their comments!:
Post a Comment